---->
Eikah (cun kan??Ya!)
<----Ini
IS(dia cute sikit hihi)
Kenapa letak gambar kartun sebab tak berani nak letak gambar sendiri..............kami ni cuma comel je......bak kata kawan saya"Kau fikir kau comellah" bila saya buat muka kat dia.....(tak habis2 perasan) dah lah malas nak tulis panjang2 kat bawah tu lagi pannnjjjaaannngggg......... (tahap kebosanan saya melampau) dah tunggu apalagi......OPS! (oo...pelupa saya) gambar kat bawah tu angan2 saya punya pelakon....huhiha...TAJUKNYA--->Gitar dan Hati (okaylah tu tajuknya malas nak fikir)
Ini Song Joong Ki
<---Meor Kelvin (nerdkan??)
Ini Kim Bum
<---Harris(sentiasa smile)
Eikah berjalan dengan laju.Sesekali dia terlanggar
pelajar.Kepala otak dia asyik memikirkan tentang rakannya.Tangan kanan memegang
handphone.Tangan kirinya pula memegang lima buah buku.Tiga buah buku pelajaran
dan dua buah buku lagi,novel.Dia sempat memusingkan badannya berkali-kali untuk
mencari rakannya yang tidak kelihatan sejak dari tadi.Dubd!! ‘ Tiang mana aku
langgar ni.’
“Aduh,hah!Buku novel aku jatuh.”Eikah cepat-cepat memugut
bukunya yang terjatuh.Dia lebih risaukan novelnya dari buku pelajaran tau. ‘Eh,tak
cukup satu la novel aku’.
“Ini kau punya?Nah,selamat membaca.”Lelaki itu terus berlalu
pergi sambil menunjukkan ‘peace’.Harris sempat membaca nota di atas novel
tersebut.
“Tahu je aku baru beli.Hei!Ini lagi
satu,manalah Is ni pergi orang telefon tak jawab.Membazir kredit aku je tak
pasal-pasal kena dengar bebelan operator telefon tu.Kalau tak dengar tu
pakailah earphone.”Nampaknya Eikah betul-betul geram dengan kawannya yang
seorang tu.Dia masih tak berputus asa mencari Is.Dia wajib cari Is walau apa
pun cara.Hari ni ada persembahan dari music band mana entah untuk ulang tahun
hari lahir Thirah dengan Sa’adah di dewan serbaguna kawasan mereka.Sudah dapat
jemputan pergilah.Lagipun dia orang kawan baik Eikah dan Is.Dapat tahu keluarga
mereka yang jemput music band tu untuk memeriahkan lagi suasana.Anak orang kaya
la…
Is berhenti seketika di sebuah bilik kosong yang tertulis STOR.Tiba-tiba,ada
rempuhan kuat datang dari mana entah.Dia ditolak lalu termasuk kedalam bilik
stor tersebut.Ramai jugalah yang merempuh dia tadi.Is memerhati keadaan
sekeliling stor itu.Dia tergamam.
“What!Ini stor ke?Cantik gila!Kalah bilik aku.”Is kagum dengan
suasana ‘stor’ itu.Ya,macam tak percaya itu stor.Tapi ada pelbagai alat muzik
dan tak ada manusia pun dalam bilik ni.Is membuka kasut.Lantai bilik itu ada
carpet yang lembut sekali.Dia ingin berjalan menuju ke peralatan muzik itu tapi
telah dihalang oleh dua orang lelaki.Dia terkejut. ‘Ingatkan tak ada orang
tadi.’Lelaki itu memandang tepat ke arahnya.
“Macam mana kau boleh masuk kedalam bilik ni hah?”Lelaki yang
rambut ala-ala tempurung kelapa menanya kepada Is.
“Ooo…itu je?Aku termasuk.”Is selamba menjawab.
“Kalau tak ada apa-apa soalan lagi aku keluar okay!”Is
menyarungkan kasutnya lalu menarik tombol pintu.Tetapi,pintu tersebut telah di
tolak oleh seseorang menyebabkan dia terjatuh lagi.Seorang lelaki tersenyum
sambil jarinya menunjukkan ‘peace’,di depannya.Is cepat-cepat bangun dan
berdiri di depan lelaki tersebut.
“Wei,kita orang tak tahu macam mana dia boleh
masuk.Sorry.”Lelaki yang rambut ala-ala tadi bersuara.Lelaki di depannya hanya
tersenyum.
“Tak apa.Dia tak sengaja.”Lelaki itu menjawab. “Kawan kau tengah
tunggu kau tu.Cepatlah keluar.Ops!Nama dia Eikahkan?”Sambung dia.Suara lelaki
itu sederhana lembut.
“Macam mana kau tahu?”Tanya Is.Dia ingin mendapat kepasatian.
“Itu kau tak perlu tahu.Kawan kau dah lama cari kau tau.Dah
pergi tak payah banyak tanya.”Is keluar dari situ.Dalam hatinya,dia sememangnya
ingin tahu.Tapi dah lelaki tu cakap macam tu malas dia nak bertekak.Tudungnya
ditarik.Dia cepat-cepat memandang. ‘Main kasar nampak!’
“Kau jangan bagitahu sesiapa pun termasuk kawan kau.Tentang
tempat ni.Faham?Kalau ketua aku dapat tahu.Habislah kau!”Lelaki itu memberi
amaran.Tapi suara dia tetap maintain.Is sekadar mengangguk.Dia membetulkan
tudungnya semula.Di tarik menutup dadanya.Is berlalu pergi.Tangannya ligat
mencari handphone di dalam beg sandangnya.Ramai yang memandang dia disebabkan…
kecantikan?Salah.Sebabnya ialah beg sandangnya yang comel.Ramai yang tanya
dimana dia membeli beg itu.Dia lebih suka menjawab di pasar malam.Sebenarnya
malas nak layan. Dia menyentuh skrin telefon.Perh!Banyak panggilan telefon dan
mesej dari Eikah.Dia berlari dengan pantas.Nasib baiklah dah tak ramai
pelajar.Semuanya dah balik.Is terlihat kelibat Eikah yang melambaikan tangan ke
arahnya.Sesudah sampai,Is meminta maaf berkali-kali kepada Eikah.Eikah
mengangkat kening sebelah.Is sudah mengerti.Dia tersemyum.
“Aku pergi tandas tadi.”Bohong Is.
“Hai.Takkan lama gila kau terperuk kat dalam tu.Sudah tak payah
nak menipu aku.Jom masuk kereta cepat.”Sempat Eikah menyindir Is.Is akur,dia
masuk ke dalam kereta.Dia tersenyum ke arah Eikah.Eikah membalas dengan
senyuman menampakkan giginya.
“Eikah.Kita nak pergi mana?”Is menanya Eikah.
“Takkan kau tak ingat.Hari ini kan birthday Thirah dengan
Sa’adah.Apa yang kau ingat hah?”Is menjawab dengan garu pipi.
Oo…ingat.Wei,nanti berhenti kat stesen minyak depan tu tau nak
tukar pakaian.”Kata Is.
Mereka sudah sampai.Mereka memandang sesama sendiri.Is menolak
Eikah.Eikah menggeleng.Kemudian mereka main oo…sommm.Sikap mereka berdua ni
kalah budak-budak.Nak tahu apa lagi?Bacalah…
Akhirnya,mereka
berdua masuk bersama.Mengalahkan orang empunya majlis malunya.Malu itu kan
separuh daripada iman.Nasib baik orang dah ramai,tak adalah mata tertumpu
kepada orang yang baru hadir.Is dan Eikah mengambil tempat di meja yang paling
depan kerana nama mereka sudah tertulis di dalam ketas di atas meja tersebut
dan ada lagi empat nama siapa entah malas nak ambil tahu.Ada aku kesah!
Harris,Adam dan Rayyan sedang menunggu ketua mereka iaitu Kelvin
Zafrie.Wajah Harris sangat risau.Dia takut kalau Kelvin tak dapat hadir.Dia
bukannya tak pandai menyanyi malah suara dia pun boleh tahan juga tapi
masalahnya adalah Kelvin buat hal di sebabkan bergaduh dengan dua orang
perempuan tadi di belakang dewan.Harris kenal dengan perempuan tu tapi tak
pasti kenal di mana.Seorang lelaki merapati Harris lalu dia membisik ke telinga
Harris menunjukkan 10 jari bersamaan 10 minit lagi.Harris meramas-ramas
rambutnya.Biarlah rambutnya dah tak okay janji Kelvin hadir.
“Woi,tepi sikit boleh tak?”Kelvin menolak bahu Is dengan Eikah
yang menghalang laluan Kelvin dan Harris.Harris menunjukkan ‘peace’.
“Main sentuh bahu orang je.”Is dan Eikah menjerit.Kelvin
berpaling ke belakang semula.Dia
memandang tepat ke muka Is dan Eikah.Mereka berdua menunjukkan muka selamba.
“Yang kau berdua berdiri kat belakang dewan ni buat apa?Menyemak
je.”Kelvin menjawab.
“Menyemak?Kaulah yang menyemak tahu.Kau sibuk nak lalu kat
belakang ni buat apa.Pintu depan terbuka luas masuklah dari sana.”Is
melawan.Pantang dia kalau ada orang macam ni.Buat sakit hati orang je.
“Kelvin.Dah lah.Jom kita pergi dari sini.Nanti lambat
pula.”Harris menenangkan Kelvin.Dia tak suka bergaduh dengan perempuan.
“Alvin?Oo…kau ni Alvin and The Chipmunks la ya?Cuma tak cukup
seorang.”Is terus mengejek Kevin.Is dan Eikah ketawa.Kelvin panas hati.
“Tak apa.Kali ni kau menang.Kau tunggu la nanti kalau aku jumpa
kau lagi.”Kelvin memberi warning kepada mereka berdua.Tapi lebih untuk
Is.Mereka membuat muka takut.Lalu beredar dari situ.Mereka masih ketawa dan di
dengari oleh Kelvin dan Harris.
“Aku tak ada mood.Kau gantikan aku
nanti.”Kelvin berlari dari situ meninggalkan Harris.Harris memicit kepalanya.
“Pening aku di buatnya.”
“Terima kasih kami ucapkan kepada para tetamu semua yang sudi
hadir ke majlis kami.”Sa’adah memberi ucapan di atas pentas.Mikrofon beralih
tangan.Sa’adah dan Thirah telah turun dari pentas.
“Bagi memeriahkan lagi majlis ini saya menjemput music band yang
bernama I’m Not Handsome di persilakan naik ke atas pentas.”Pak cik Wan
mengacarakan majlis.I’m Not Handsome Band sudah berada di atas pentas bersama
peralatan muzik mereka.
“Is!Kau tengok siapa kat atas tu.Lelaki tadilah.”Eikah membisik
kepada Is.Mereka berdua membuat muka tak tahu.
“Biarlah.Bukan kita yang mulakan tadi.Dia dengan kawan dia
kan.Tapi,aku macam pernah nampaklah kawan dia tu.”Is menjawab dan dia
memberitahu kepada Eikah tentang Harris.
“Hah?Kau pun pernah jumpa mamat tu.Ingatkan aku je.”Eikah dan Is
berpandangan.Masing-masing ada rahsia.
“Assalamualaikum dan selamat malam semua.Happy Birthday to
Sa’adah and Thirah.Terima kasih kerana menjemput kami.Baiklah apakata kita
nyanyi sama-sama lagu Happy Birthday untuk birthday girls malam ni.”Semua rakan
perempuan menjerit apabila mendengar ucapan Harris.Macam Harris and the geng tu
artis korea sampai jerit segala.Is dan Eikah terkecuali mereka hanya tunjuk
muka bosan.Harris yang ternampak Is dan Eikah menunjukkan ‘peace’.Semua mata
melihat mereka.Is dengan Eikah buat muka kosong lalu senyum terpaksa.Harris
merapatkan mikrofon ke bibirnya.Semua tetamu member tepukan gemuruh.
“Dia orang ni popular sangat ke.Sampai kawan kampus kita yang
datang ni jerit-jerit bagai.”Is bertanya kepada Eikah.
“Entah la.Aku tak pernah tahu pun.Kalau tahu pun aku malas nak
ambil tahu.”Eikah juga bengang dengan band I’m Not Handsome.Nama kumpulan poyo
gila.Saja la tu nak tutup mata orang yang tahu dia orang ni sebenarnya
handsome.
Harris memulakan nyanyian.Semua tetamu turut menyanyi.Sa’adah
dan Thirah berada di hadapan kek dua tingkat mereka.Harris turun dari pentas
dan berda di tengah antara Sa’adah dan Thirah.Muka mereka jelas kemerahan.Malu
sebab semua orang melihat.Is dan Eikah turut menyanyi untuk rakan mereka.Harris
sekali lagi menunjukkan ‘peace’.Eikah dan Is tak faham apa makna ‘peace
tersebut.Setelah acara memotong kek selesai.Harris meminta Sa’adah dan Thirah
memohon hajat kononnya.
“Kami berdua ingin dua kawan baik kami menyanyi lagu sebagai
hadiah hari lahir kami.Please,jangan tolak permintaan ini.Okay ini yang last
nanti kita orang tak minta kau orang nyanyi lagi.Eikah dan Is,jomlah.”Thirah
menarik tangan Is,manakala Sa’adah menarik Eikah.Mereka berada di atas
pentas.Is dan Eikah buat muka.Band I’m Not Handsome ada di belakang
mereka.Mikrofon sudah berada di tangan masing-masing.Sa’adah dan Thirah sudah
pun turun.Eikah dan Is berbincang di belakang.
“Wei,dia orang ni nak kenakan kita ke?Nyanyi depan dia orang
bolehlah,ni ramai tu…”Eikah sudah nak nangis.
“Okay.Kita nyanyi je lah.”
“Lagu apa?”
“150 juta.”
“Suka hati kau lah aku ikut je.Janji hafal lirik.”Is memberitahu
Band I’m Not Handsome tentang lagu tersebut.Mereka mengangguk setuju.Semua
sudah bersedia.Macam pertandingan menyanyi final je gayanya.Mereka berdua
manarik nafas.
“Selamat malam semua.Terima kasih kepada birthday girls.Saya
rasa semua pun dah pernah dengar lagu ni,150 juta.Harap semua nyanyi
sama-sama.”Eikah memberi kata-kata aluan.Bunyi gitar Harris dan Adam sudah kedengaran.
“Terimalah 150 juta dari kami.”Is memulakan nyanyian.Tepukan
gemuruh di beri kepada mereka.
Untuk
kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak
ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia
mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia
Eikah menyambung pula…
Dah
lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang dah jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di
setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
Is dan Eikah menyanyi
bersama-sama…
Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya
Buat
apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju
ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Tiba-tiba,Harris memberi
bunga ros kepada Eikah dan Is.Warna yang berlainan.Mereka mengambilnya.Harris
menunjukkan ‘peace’.Semua rakan perempuan yang hadir menjerit.Mereka menyanyi
seperti biasa semula walaupun hati masing-masing berdebar.
Aku
lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku
mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua
Is
dan Eikah menundukkan badannya sedikit setelah selesai menyanyi.Tepukan gemuruh
menggegar dewan.Band I’m Not Handsome juga tidak terkecuali.
“Wah!Saya
tak sangka rakan birthday girls kita ni ada bakat.Nanti kita jemput mereka pula
bila ada majlis sebegi lagi.”Pak Cik Wan berseloroh.Mereka menunjukkan muka
yang tenang.Bunga ros masih berada di tangan masing-masing.
Kelvin
hanya memerhati gelagat Is dan Eikah dari tepi dewan.Mereka memang ada
bakat.Suara pun boleh tahan.Seseorang menepuk bahunya.Kelvin tersenyum.
“Ada
pun kau kat sini.Ingatkan dah lari tadi.”Harris bersuara.Kelvin masih memerhati
dua ‘budak’ perempuan tadi.Perangai mereka memang kebudak-budakan.
“Aku
tak pergi mana pun.Masih dalam dewan ni.Sorry lah kalau buat kau risau.”Kelvin
meminta maaf.Dia memang tak ada mood sejak dari tadi di tambah dengan perempuan
tadi.Harris mengajak Kelvin makan.Mereka duduk di meja empat segi tepat paling
hadapan.Adam dan Rayyan sudah berada di situ.Mereka berdua duduk.Is dan Eikah
menarik kerusi untuk duduk.Mereka berdua ni kalau dah bercakap keadaan
sekeliling tak pandang pun.Eikah dan Is meneguk air.Kemudian mereka
tersedak.Empat pasang mata memandang mereka sambil buat muka tak puas
hati.Siapa yang tak marah kalau air dari mulut seseorang tersembur terkena muka
sendiri.Is dan Eikah menelan air liur.Mereka cepat-cepat bangun dari kerusi.
“Ops!Ma…maaf…banyak-banyak
kita… orang tak sengaja.”Is meminta maaf.Suara dia dah macam orang gagap.
“Suka
hati kau je minta maaf.Dah terkena muka kita orang ni takkan nak biarkan je.”Kevin
marah kepada Is.Ada maksud yang tersirat dalam ayat terakhir dia.
“Nah!Laplah.”Is
menyerahkan tisu kepada Kelvin.Kelvin tidak mengambil lansung.
“Lap
muka kita orang!”Sergah Kevin.Is membuat muka.Dia memandang Eikah.Dia
tersengih.Is diam seribu.Mulut Is dan Eikah terkunci.Tak boleh bercakap.
“Apa
yang kau berdua tunggu lagi tu.Cepatlah.Susah sangat ke!”Kelvin hampir
menjerit.
“Tunggu
sekejap bagi kita orang bincang dulu.”Kata Eikah.
“Alamatnya…kering
macam tu je…”Kelvin masih tak berpuas hati.Dia sememangnya nak kenakan budak
dua orang ni.
“Eikah,macam
mana ni.Kau nak lap ke muka dia orang.Tapi yang terkena je kan yang duduk depan
kita je.”Is takut.
“Ala…lap
je la…aku takut la kalau dia orang tu suruh lain pula.”Eikah memberi kata
putus.Mereka berdiri di belakang Harris dan Kelvin.Eikah kena lap muka Harris
dan Is kena lap muka Kelvin.Is sebenarnya dah berdiri depan Harris tapi Kelvin
yang menyuruh dia lap Kelvin.Macam pertandingan ‘lap muka sampai bersih’
je.Nasib baiklah orang masih ramai lagi.Bolehlah berselindung.Adam dan Rayyan
jadi pemerhati.Eikah dan Is memulakan ‘cabaran’.Lap jangan sampai terkena
kulit.Dia orang bukan mahram.Jadi mereka harus berhati-hati.
“Bukalah
cermin mata kau tu.”Is menyuruh Kelvin.Dia buat tak dengar.Air semburan dari
mulut Is masih ada lagi.
“Jahat
betul kau ni.”Is menanggalkan cermin mata Kelvin.Dia mengelap muka Kelvin.Bukan
lemah lembut tapi kasar dia mengelap.
Harris
sebenarnya tak kisah pasal air tesembur tu,dia hampir mengelap sendiri.Tapi di halang
oleh Kelvin yang masih ingin Eikah yang mengelap.Harris hanya tersenyum ketika
Eikah mengelap mukanya.Eikah yang tak suka dengan senyuman tu menyumbat tisu
yang lain ke dalam mulut Harris.
“Aku
tak suka kau senyum.”Eikah memang tak suka senyumannya kerana boleh
menggugurkan jantungnya.
Harris
mengeluarkan tisu itu dari mulutnya.Dia tergelak. “Kau ni kejam juga kan.Sama
macam kawan kau.Tapi kau kejam kau tu sweet.”Eikah membaling tisu yang dia
telah lapkan ke muka Harris.Harris masih tergelak.Eikah duduk semula di
tempatnya.
Is
terasa ada semburan angin di wajahnya.Dia memandang Kelvin dengan mata yang
bulat.
“Woi,aku
dah tolong kau ni pun dah cukup baik tau.Tak payahlah nak balas dendam pula.”Is
geram dia membaling juga tisu tersebut.Is mengambil cermin mata Kelvin tanpa
dia sedari.Is duduk semula di sebelah kanan Eikah.
“Apa
kata kita semua berkenalan.Boleh tak?”Adam bersura.Adam duduk di sudut meja
sebelah Eikah.Eikah menjeling tajam.
“Jangan
harap.”Ucap Eikah.Makan pun tak senang bila duduk satu meja dengan orang tak
handsome ni.
“Aku
Adam.”Adam menyepak kaki Harris.Dia mengangkat kening.
“Oo…saya
Harris.”Kawan-kawannya buat muka menyampah. ‘Saya’ konon.Dia kemudian baling
tisu kepada Eikah.Eikah baling semula.
“Tahulah!Aku
Eikah.”
“Aku
Kelvin Zafrie.”Dia tak memandang sesiapa.Matanya memandang tetamu yang lalu.Dia
bangun apabila tiada respon dari Is.Dia meniup muka Is. ‘Padan muka’.Is
tersedar dari lamunannya.
“Hah?Apa?”Is
seperti orang baru bangun tidur.
“Nama
kau siapa?”Rayyan mengingatkannya.
“Nama?Eh…nama
aku Is.”Dia baru tersedar.Ya,nama dia Is.Betullah.
“Is?Macam
nama lelaki la.”Rayyan tanya semula.
“Ya.Panggil
aku Is je cukup.Atau kau tak pandai sebut Is?Hahaha…”Is menjelir lidah kepada
Rayyan.Muka Rayyan boleh tahan juga lah.Kelvin hanya melihat.Malas nak masuk
campur.Hatinya tak suka Is buat macam tu kat Rayyan.
“Aku
Rayyan.”Rayyan malas nak layan Is.
Is
dan Eikah sudah sampai ke kampus.Semalam balik dekat pukul 12 malam.Tolong
kemas sekali.Mereka dengan Band I’m Not Handsome berkawan biasa.Tapi mereka
rapat dengan Adam dan Rayyan sebab Harris dengan Kelvin susah nak jumpa kat
kampus ni.Orang popular katakan.Hari ni Rayyan belanja makan tengahari.Mereka
berbual tentang pelajaran,band,muzik,lagu dan tentang diri masing-masing.
Harris
dan Kelvin memerhati dari jauh.Mereka sebenarnya ingin menjauhkan diri dari Eikah
dan Is kerana hati Harris telah di usik oleh budak perempuan tu.Mereka semua
nampak gembira.Jauh di sudut hati perasaan cemburu ada juga tapi tak tebal pun.
“Esok,kita
orang ada persembahan untuk Karnival Hari Sihat di luar.Datanglah ramai lagi
yang buat persembahan.”Rayyan memberitahu mereka berdua.Is dan Eikah sekadar
mengangguk.Mereka tak boleh berjanji.
Eikah
dan Is sudah berada di Karnival Hari Sihat.Mereka berjalan-jalan sekitar
karnival.Mereka mengambil tempat yang ketiga paling depan.Adam dan Rayyan
datang dekat kepada mereka.Katanya mereka akan mulakan persembahan sebentar
lagi.Is mencari Kelvin. ‘Dia merajuk ke aku ambil cermin mata dia tapi bukannya
ada power pun.’
‘Harris,kau
mana.Nak hilangkan diri ke lepas aku cakap aku tak suka kau senyum’. Hati Eikah
terusik ketika dia bertemu dengan Harris pertama kali lagi cuma tak mahu
mengakuinya lagi.
“Di
persilakan Band I’m Not Handsome.”Pengaca majlis mempersilakan.Eikah pandang
Harris,seperti biasa dia buat ‘peace’.Pertama kali Eikah pun membalas.Is ketawa
melihat gelagat kawannya.Is memakai cermin mata Kelvin untuk mencuba.Bila dia
mahu menanggalkannya Eikah menahan.Dia menyuruh memakai terus sebab katanya
okay!
“Selamat
sejahtera.Kami ingin mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk‘Dia Lydia’.”ucap
Harris.Dia dan Adam besedia dengan gitar.Rayyan dengan set drum.Mikrofon berada
di tangan Kelvin.Is dan Eikah terkejut.Tak sangka Kelvin tahu menyanyi.Kelvin
memakai cermin mata.Is tak pandang Kelvin,dia pandang Rayyan.Kelvin mula
menyanyi. Dia yang meliputi hati ku
Runtuhkan dinding sepi ku
Membuatku lemas saat ku rindu
(yang
lain malas nak copy)
Hadirin
yang hadir memberi tepukan kepada mereka.Eikah merasa lagu itu di tujukan
untuknya walaupun bukan Harris yang nyanyi.Is pula?Dia biasa je.Kebal juga lah
hati perempuan ni.Lepas persembahan tamat Eikah dan Is ke belakang
pentas.Harris datang kearah Eikah dan meminta Eikah mengikutnya.Mereka berada
di tengah-tengah karnival,biar orang lain nampak.
“Awak,saya
suka awak.”Harris mengeluarkan kata-kata tersebut.Eikah menggelakkannya.Tak
serius lansung sebab muka Harris bukan muka serius.Muka cute.
“Jadi?”
“Awak
suka saya tak?”Harris tak suka di mainkan.
“Tak
malulah kau ni.”
“Suka
saya tak?Jawablah betul-betul.Kalau tak saya pergi kat atas pentas guna
mikrofon jerit “Eikah saya suka awak”.”Harris menakutkan Eikah.Dia masih dengan
selambanya.
“Saya
tak suka awak…”Belum habis Eikah bercakap,Harris memotong.
“Awak
tak suka saya?”Suara Harris sudah bertukar.
“Ya!Saya
tak suka kat awak tapi saya minat awak.Bolehkan?”Eikah menjawab.
“Hahaha…awak
nak kenakan saya ya.Tak apa saya tak kesah.Saya suka kat awak masa buku awak
terjatuh dan saya risau juga sebab kat atas novel tu awak tulis ‘Is untuk
kau’.Aku pendamkan tapi bila dapat tahu Is tu perempuan senang hati aku.”Harris
tersenyum dan senyuman itulah yang Eikah tak suka.Mereka berdua berlalu dari
situ.
“Kelvin”Is
memanggil Kelvin,dia memandang Is.
“Hihihi…sorrylah
aku curi kau punya cermin mata.Nah,aku pulangkan balik.Tak baik kalau aku
simpan.”Is menyerahkan kepada Kelvin.Dia tidak mengambil.
“Kau
ambillah buat kenangan sebab aku ada dua je.Kau satu aku satu.Kalau tak kena
curi,hati aku ni tak ‘bergeraklah’.”Kelvin ni suka dengan ayat tersirat.
“Oo…macam
tu ke?Okaylah aku simpan.”Is tak simpan tapi dia memakai.Is tak faham ayat
kiasan ni.Nak cakap kena direct je.
“Nah,aku
nak kau buat resipi ni.Kau kan pandai bab memasak ni.Kalau tak pandai juga tak
payah ambil jurusan kulinari.”Kelvin menyerah sekeping kertas yang bewarna
biru.
“Kau
jangan risau.Aku dah pakar hal ni.”Is angkat bakul sendiri.
“Kalau
dah siap jumpa aku tau.”Kelvin berlari dari situ meninggalkan Is yang
terpinga-pinga. ‘Kenapalah kau ni loading Is.’Bisik Kelvin dalam hati.
Is
mencari tempat yang strategik untuk membaca resipi Kelvin.Dia membuka
perlahan-lahan.Entah kenapa hatinya berasa berdebar.Lalu dia membacanya.
1
sudu kecil terima aku,
2
sudu besar mesti kau kata aku gila,
1
tin cermin mata hanya untuk kau,
Secubit
rasa suka,
Semangkuk
aku tunggu,
Bila
dah baca adunkan semuanya,
Resipi
suka untuk kau,
Cepatlah
jumpa aku.
Is
cepat-cepat mencari Kelvin. “Aku tahu kau tak pandai tulis surat jadi kau dah
jumpa aku.Terima aku?”
“Huh!Jangan
harap!”
“Okay
tak harap.”Kelvin menjauhkan diri.
“I’m
Not Handsome konon.Sebenarnya,handsome.Sama je dengan kawan kau,Harris.Okay aku
terima kau sebagai kawan.”Is tersenyum.
“Terima
kasih!”Kelvin langsung tak pandai ambil hati perempuan,nasib baiklah Is ni tak
kesah.
TAMAT!!