Sukanya saya menulis...harap angan-angan jadi kenyataan...dan jangan berhenti berusaha!!!

selamat membaca!!Comelnya muka

Tuesday, November 27, 2012

Happy ke saya???

terima kasih kpd kawan2 saya yg sokong saya menulis .....sempena rindu kat kawan-kawan...huh? betul ke???nanti kalau ada masa lagi saya akan tulis cerpen....

Sunday, November 25, 2012

Untuk kawan2 saya....hanya cerpen sahaja..

 Assalamualaikum....hari ni saya ada post satu cerpen.Saya tahu kawan2 saya bosan pada cuti sekolah.Jadi apakata bacalah post saya...hihihi....untuk kawan saya..   :)Alhamdulillah akhirnya siap juga.....
Ini mungkin saya-->Tengok bawah tu..

Hah! kawan2saya EIKAH---><----Ini Thirah


Cerpen yang tak seberapa harganya........
yang bertajuk---->KISAH AKU & KAU


Aku dan Atikah masuk ke dalam sebuah restoran yang berdekatan dengan shopping mall.Sudah tiga jam aku dengan Atikah pusing satu  mall ni,mana tak penatnya.Kita orang cuci mata je.Ops!Kita orang bukan cuci  mata tengok lelaki okay!Tapi tengok fesyen yang terbaru dipasaran.Huh!Perut dah bergendang.Alah!Mana waiter ni,lambat betullah!Aku membetulkan tudung.
“Atikah,hari ni aku belanja.Kau orderlah,”ujar aku sambil menyelak buku menu.Waiter itu beredar.
“Anis,kenapa waiter itu sebut tiga set bukan dua?Oo..kau nak melantak ya?”Atikah tanya kepada aku.Aku hanya tersenyum.Kemudian,Atthirah kawan geng Frenz For Ever aku dan Atikah datang lalu duduk di sebelah aku.Aku lihat muka Atikah terkejut.
“Eh,mana kau tahu,kita orang ada kat sini?Ke kau guna perisik.Hahaha.”Atikah bertanya.Muka Atthirah seperti biasa.Hanya aku yang tahu.Emm..nak pecahkan rahsia ke tak nak ni. ‘Pecahkanlah’,bisik suara halus.Suara siapa itu?Hati akulah siapa lagi.
“Aku yang ajak Atthirah datang sini.Takkan kita berdua je.Nanti orang ingat kita dating pula.”Aku ketawa.Atthirah juga ketawa.Atikah pula buat muka tak puas hati.
“Tak nak aku dating dengan kau,”cebik Atikah.
“Asyik berdua je.Biarlah aku jadi orang ketiga.Bolehkan?”Atthirah mencelah.
“Boleh sangat.Amat dialu-alukan.”Aku terus ketawa.Tiba-tiba,mata aku terpandang susuk tubuh seseorang.Eh,macam kenal je itu bukan ‘beg hijau’ ke.Aku mencuit Atikah.Aku menunjukkan kepada Atikah tentang ‘beg hijau’.Bulat mata Atikah.Aku rasa sudah enam tahun berlalu.
“Wei,macam mana dia ada kat sini?”Atikah memandang muka aku dan muka Atthirah.
“Woit!Manalah aku tahu.Ingat aku ni adik dia ke?”balas aku.Atthirah masih mencari-cari.Aku pegang kepala dia lalu biarkan dia melihat ‘beg hijau’.Atthirah pandang aku.Huh!Kalau tak buat muka pelik dia orang ni  tak boleh ker.Kami menikmati hidangan yang dipesan tadi.Lapar ni dari pagi aku tak makan.Selepas habis makan,kami pulang ke rumah masing-masing.Atikah yang hantar naik kereta dia.
“Wei,nanti kita bual lagi ya.Bye.”Atikah menutup panggilan.Dia masuk ke dalam bilik bosnya.Bosnya mengatakan hari ni ada pekerja baru akan masuk.Tak tanya pula lelaki ke perempuan.Bosnya menyuruh semua berkumpul di bilik mesyuarat.
“Esok,kamu akan menjadi setiusaha kepada Izz.Sekejap lagi dia sampai lah.”Bos Atikah membisik kepadanya.Dia hanya mengangguk. ‘Izz tu lelaki ke perempuan ya?’tanya Atikah dalam hati.
“Baiklah semua.Perkenalkan ini CEO kita yang baru,Izz.Dia akan mula bertugas mulai esok.”Puan Hasnah memperkenalkan Izz. ‘Apa?!Izz.Kenapa aku rasa macam pernah tengok muka dia ni ya.’
Minggu ni tak ada siapa yang nak keluar dengan aku.Atikah sibuk dengan kerja.Dia nampak gembira dengan pekerjaannya.Atthirah pula jadi pensyarah.Aku?Masih tunggu pengesahan.Akukan nak jadi cikgu.Aku hari ni nak tenangkan otak seorang diri di emm… dimana ya?Ah!Aku nak tenangkan otak bukan nak kosongkan otaklah!Aku sekarang berada di rumah.Ah,tidur lebih baik.
Ringtone handphone aku berbunyi “Ah,siapa yang kacau aku pagi-pagi ni.”Nama Atikah tertera di skrin.
“Hello.Kenapa kau kacau aku pagi-pagi ni.”
“Eh,banyaklah pagi kau.Ni dah pukul 5 petang okay.Ni aku nak jumpa kau kat taman depan sana.Boleh tak?”Atikah marah kepada aku.
“Jumpa kau?Hem… yalah boleh.”Aku letak telefon.Aku bersiap.Jalan kaki la apa lagi.Aku dah sampai.Aku mencari kelibat Atikah.Emm… belum sampai la tu.Aku berjalan ke arah gerai yang menjual ais krim.Ah…semua huruf depan ‘ais’ aku suka.Aku melihat-lihat pelbagai perisa ais krim.
“Pak cik bagi ais krim perisa vanilla dengan strawberi satu.”Aku memberi pesanan kepada pak cik penjual ais krim itu.
“Terima kasih,uncle.Dia yang bayar.”Aku terkejut.Mana taknya.Seorang lelaki merampas ais krim dari tangan pak cik tersebut.Aku membulatkan mata.Tak guna!Tunggu kau,akan ku balas.
“Pak cik,bagi lagi satu.”Aku memberi duit kepada pak cik itu.
“Vanilla dengan stawberi?Maaflah nak,perisa tu dah habis.”tutur pak cik tersebut dan membuatkan aku panas hati dengan mamat tadi.
“Kalau macam tu.Tak apalah pak cik.”Aku beredar dari situ.Aku mencari lelaki tadi.Hah!Sudah jumpa pun kau.Tunggulah.
“Assalamualaikum.Maaf,boleh aku duduk sini?”Penuh sopan santun aku.Itulah namanya berlakon.
“Kenapa kau nak duduk dekat sini juga.Kau tak nampak ke,banyak lagi kerusi yang kosong.Menyibuk je!”Mamat itu marah aku.Aku masih terus berlakon.
“Aku nampak kerusi ni yang paling dekat dari tempat berdiri aku, nak buat macam mana.”Aku duduk di sebelah kanan kerusi,hujung dan jauh dari dia.Aku mengeluarkan buku novel.Kepala aku ligat memikirkan apa yang akan aku lakukan seterusnya.Aku menoleh ke arahnya.Dia menjeling.Ada aku kesah.Kau dah curi ais krim aku,ingat aku boleh lepaskan kau macam itu je!Idea sudah datang.Aku bangun dari kerusi lalu berdiri depan dia.Aku masih memegang novel.Ini salah satu bahan membalas dendam.Masa untuk bertindak.
“Eh,ada sesuatulah kat tangan kau tu.”Aku menipu dia.Mamat batu itu memandang ke arah tangannya yang ada ais krim.Aku apalagi,menggunakan novel,aku tolak tangannya dan ais krim itu terkena muka dia.Rasakan,padan muka.Aku terus meninggalkan mamat itu.Selamatkan diri dari mamat batu.Kenapa aku panggil dia mamat batu sebab dia kepala batu dan hati dia keras macam batu.
“Oi,tak guna betul kau!Berani ya!”Aku terdengar dia menjerit.Aduh macam mana ni?Matilah aku.Tiba-tiba,aku terserempak dengan Atikah.Aduhai,macam mana aku boleh lupa yang dia nak jumpa dengan aku.Aku berlari ke arah Atikah.
“Wei,Atikah jom pergi dari sini.”Aku menarik Atikah dan menyuruh dia memandu kereta sekarang.
“Kau ni kenapa?Kena kejar dengan hantu ke?Pucat je muka kau.”Atikah bertanya kepada aku.Aku membisu.
“Kalau kau nak tahu jawapannya.Tuunggu nantilah ya.”Aku menjawab.Atikah meneruskan pemanduan.Mata aku memerhati sekeliling.Manalah tahu mamat batu tadi kejar lagi ke.Dush!Aduh,sakitnya kepala aku terhentak kat dashboard.Aku pandang Atikah.Dia menunjukkan jari ke arah luar kereta.Habislah aku.Mamat batu itu menghampiri kereta.Dia berdiri ditepi tingkap kiri tempat aku duduk.Dia mengetuk cermin tingkap lalu menyuruh aku keluar.Aku tak nak  pandang dia.Huh!Macam perompak je.
“Wei,Anis.Baik kau keluar sajalah.Nanti tak pasal-pasal kereta aku jadi mangsa pula.”Atikah member arahan.Suara dia serius tak main-main.Aku tahulah ini kereta idaman kau.Suzuki Swift merah.Aduh,Atikah dah bersekongkol dengan mamat batu ni ker.Suruh aku keluar bukan nak safe my life pun.Dengan muka yang pucat,aku keluar juga berdepan dengan mamat batu itu.
“Kenapa kau ni liat sangat nak keluar hah?Oo… kau takut ya.Siapa suruh kau mulakan dulu.Kau fikir aku akan lepaskan kau.Jangan harap.”Mamat batu itu terus membebel.Aku hanya menundukkan muka.
“Apa kau kata?Aku mulakan dulu?Cuba kau reverse balik otak kau.Siapa yang curi ais krim aku dulu.Bukan kau ke?Memang patut pun kau dapat balasan macam itu!”Aku menjawab dengan tegas.
“Aku pencuri?Kaulah pencuri tahu tak!Tak apa kali ni aku lepaskan kau.Kalau jumpa kau lagi siaplah kau.Minah senget!”Mamat batu itu pun berlalu dari situ.Aku masuk ke dalam kereta semula.
“Sudah habis berdrama cik?”Atikah memerli aku.Aku tak peduli pun.Dia terus memandu menghantar aku pulang.Sebelum aku masuk ke dalam rumah,Atikah berpesan.
“Esok jumpa aku kat gerai depan pejabat aku kerja tau.”Aku hanya mengangguk.Nasib petang ni tak seronok la.
“Atikah.Sila masuk ke dalam pejabat saya sekarang.”Izz memberi arahan kepada Atikah.Hari ni,hari pertama dia bekerja dengan Izz.Atikah mengetuk pintu lalu masuk ke dalam.Jantung dia berdegup.
“Hari ni saya ada berapa mesyuarat?”Tanya Izz.Atikah diam.Ah,pertama kali aku dengar suara dia comelnya!
“Ehem!Atikah saya tanya awak ni.”Izz mengoyangkan tangannya didepan muka Atikah.Dia mula tersedar.Eh,aku termenung ke?Malunya!Atikah menepuk pipinya.Izz hanya memerhati gelagatnya.Sesekali dia tersenyum.
“Encik Izz tanya apa tadi?Oh,lupa pula.Hari ni Encik ada empat mesyuarat di luar.”Kemudian Atikah menerangkan waktu dan tempat mesyuarat dijalankan.
“Baiklah.Awak ikut saya ke semua mesyuarat tersebut.Bolehkan?”Izz menunggu jawapan sambil menongkat dagu. ‘Ah,comelnya!’bisik hati Atikah.
“Boleh.Tapi ini kali pertama saya keluar mesyuarat selalunya dipejabat ni saja.”Atikah menenangkan hatinya.
“Sekarang dah berubah.Awak tak ada masalahkan?”
“Masalah?Em…saya rasa tak ada.Encik Izz boleh saya keluar sekarang?”Atikah bertanya.Ah,aku tak boleh lama dengan kau kat sini dan akan menyebabkan aku jatuh pengsan bila lama bercakap dengan kau.Izz mengangguk.
Aku dan Atthirah menunggu Atikah.Kami termenung.Aku dah ceritakan tentang hal semalam kepada Atthirah.
“Beraninya kau.”Atthirah terkejut.
“Dah terpaksa nak buat macam mana.Dia ambil ais krim aku.Muka handsome tapi tak guna.”Aku geram gila.
“Kenapa kau tak beli ais krim yang lain je.Suka buat masalah.”Atthirah memberi nasihat.Aku hanya diam.Kemudian Atikah datang dengan muka yang ceria.Mesti ada sesuatu yang dia suka.Dia mengambil tempat di sebelah Atthirah yang menghadap ke dalam gerai.
“Kau orang cuba teka aku dengan siapa sekarang?Mesti kau tak percaya.”Atikah gembira mengaju soalan itu kepada kami.
“Mana ada siapa yang datang dengan kau tadi.”Jawapan bodoh aku bagi.Atikah cubit lengan aku.Aku tersenyum sakit.
“Kau dah bercinta ke?”Tanya Atthirah.
“Kau orang ni apalah.Okaylah.Aku sekarang kerja dengan ‘beg hijau’.Percaya tak?”Atikah angkat kening sebelah.Aku cubit pipi dia.Dia mengerang kesakitan.Oh,tak mimpilah ni.
“50-50 antara percaya dan tak.”Aku bagi jawapan.Atthirah pun mengangguk. “Cuba kau jelaskan boleh tak?”
“Okay.Aku sekarang setiusaha kepada ‘beg hijau’.Dia merupakan CEO baru kat syarikat aku bekerja.Mula-mula aku pun tak percaya.Ah,aku rasa nak pengsan je bila cakap dengan dia.Petang ni ada dua mesyuarat kat Kuala Lumpur.Oh,lupa tadi aku naik kereta dengan dia.First,malu juga lah.Ah,dia buat muka comel!Subhanallah!Tampannya dia,hanya Allah yang tahu.Aku rasa itu sajalah.Kau orang jangan gelak!”Atikah memang semangat bercerita macam selalu.Akhirnya gelak kita orang terkeluar jua.
“Aku ketawa sebab aku tahu kau teruja bila dapat jumpa dengan dia.Tahniah aku ucapkan.”Aku bersalaman dengan Atikah.Tiba-tiba,seseorang bagi salam.Semua terkejut.Mulut terkunci.
“Atikah,boleh saya duduk disini.Tempat semuanya penuh.” ‘Beg hijau’ duduk sebelah aku.Kenapa aku jadi mangsa juga.Tapi duduk berhadapan dengan Atikah jadi tak adalah sifat cemburu ya!Aku dan Atthirah diam.Hanya menunggu babak drama.Hahaha…Sepuluh minit kemudian babak drama tak ada!Ah,penat je aku tunggu.Aku bangun untuk memesan ais batu campur.Dia orang semua tak nak makan ais batu campur katanya nak jaga suara.
“Abang,ABC satu.”Aku memesan dan kemudian baru aku tersedar ada juga orang menyebut juga.Aku memandangnya dan dia juga.Kami menjeling.Ee… macam mana mamat batu ni ada kat sini juga.Sakitnya hati aku!
“Adik.ABC tinggal satu.Siapa yang nak dulu.”
“Abang,bagi sayalah.”Aku dan mamat batu itu menjawab.
“Woi!Aku minta dululah.”Aku bersuara.
“Mana ada.Aku datang dulu!”Mamat batu itu lawan balik.
“Ah!Abang kena bagi saya juga.Lady First!”
“Tak boleh!Sayalah,Bang.”Kami bertikam lidah.Oo… rupanya inilah drama aku,bukan drama Atikah.Abang tu dah pening kepala.
“Kalau macam ni kamu bedua tak payahlah makan.”Abang tu bagi cadangan.Mata kami bulat mendengar jawapan tersebut.
“Tak boleh.Kami nak juga!”Suara kami hampir menjerit.
“Kamu berdua nak kongsi ke?Atau nak saya bahagi?”
“Kongsi?Dengan dia?Baik bahagi!”Kami bersuara lagi dan bagi jawapan.Tiba-tiba,Atikah dengan Atthirah datang kepadaku.Dia orang memegang bahu aku.Mungkin nak selamatkan keadaan.Suasana belum lagi kecoh sebab ramai pengunjung dalam gerai ini.Tak lupa ‘Beg hijau’,dia pun sama macam kawan-kawan aku.
“Wei,Anis.Baik kau mengalah sajalah.Nanti aku bawa kau pergi makan ABC.Nak tak?”Atikah memujuk aku.Takkan seorang perempuan akan mengalah kepada mamat batu macam dia ni.
“Baik.Kali ni aku mengalah dengan kau!Semua yang aku nak makan,kau nak juga!”Hari ni aku geram gila dengan dia.Ee…rasa nak tumbuk je muka dia.’Beg hijau’menenangkan mamat batu.Kenapalah dia tu baik sangat.Oo… sebab tu lah Atikah masih minat kat dia walaupun dia tak tahu.Atikah patut nyanyi lagu ‘I Love You’ Najwa Latif dekat ‘Beg hijau’ tahu.Aku beredar dari gerai makan tersebut.Makin lama aku kat sini makin sakit hati aku.
“Jom…saya belanja awak makan ABC.Sepatutnya awak biarkanlah dia tu.Awak kenal dia ke dia tu?”Wah! ‘Beg hijau’ nak pujuk aku konon.
“Entah tak kenal pun.Cepatlah kata nak belanja sangat.”Aku menolak bahu Atikah sambil tersenyum.Pandai dia ambil hati.Oh,dia guna ayat Atikah nampak,masa pujuk aku tadi.Kami pergi ke tempat yang ada jual ABC.Ingat senang ke ada orang nak belanja lagi-lagi orang yang Atikah minat.


"Emm… awak balik naik apa?”Izz bertanya kepada Atikah.
“Naik kereta.Saya yang bawa.”Atikah keluar dari kereta lalu menuju ke tempat parking kereta.Atikah terkejut.Dia duduk mencangkung melihat tayar keretanya pancit.Kemudian,Izz datang membelek tayar kereta Atikah.Dia pun mencangkung di sebelah Atikah.Dia pandang muka Atikah lalu tersenyum nipis.
“Awak,jom kita hantar awak balik.Tayar kereta awak pancit tu atau awak ada tayar spare?”Izz bangun.
“Tayar spare?Saya rasa tak ada kot.Alah,macam mana nak balik ni.”Atikah risau dengan keadaan itu.
“Awak,jom saya hantar awak pulang.Saya kan ada.Awak tak percaya saya ke?”Atikah berfikir. ‘Beg hijau’ nak hantar aku?Ah,macam tak percaya je.Nak ke tak nak ni.
“Betulkah,awak boleh hantar saya?”Atikah Tanya kembali.Izz mengangguk.
“Jadi,awak setujulah ni?Kalau macam tu,awak tinggal kat mana?”Atikah menerangkan.Kadangkala Izz akan buat lawak.Paling lawak masa dia ketawa.Berbunga hati aku…
Hari ni aku dapat coklat dari siapa entah.Huh!Boleh makan ker ni?Aku membuka coklat dan menikmati.Ahh…comelnya rasa…Bunyi telefon mengganggu aku.Nama Atthirah tertera.
“Assalamualaikum Anis.Jom temankan kita jalan-jalan.Atikah sibuk.Dia tak dapat join kita.”Atthirah mengajak aku keluar.Dengan semangat aku katakan YA! Aku tunggu di luar rumah.Atthirah ambil aku.Seorang lelaki terpacak di depan aku.Aku rasa macam nak tercabut jantung aku.Eleh!Mamat batu ni rupanya.Hah??Mamat batu!Macam mana dia ada kat sini.
“Kau dah makan coklat yang aku bagi?Mesti sedapkan.”Mamat batu itu peramah dengan aku.
“Kau nak apa?”
“Nak berbaik dengan kau.Boleh aku jadi kawan kau?Aku minta maaf sebab dah lukakan hati kau.”Ayat jiwang dah keluar.
“Aku pun malas nak panjangkan keadaan.Okay aku kawan dengan kau dan aku maafkan kau.Lagi satu aku tak suka ayat jiwang kau tu.Coklat kau sedap.”Aku mengaku salahku.Kemudian,Atthirah datang.Aku masuk kedalam kereta.Aku sempat lagi berkata kepada dia.

“Harap dapat berkenalan dengan kau lebih.Okay,sebab kau dah curi aku punya…ah!Bye”Aku menutup pintu kereta.Ayat yang akhir tu kau fikirlah sendiri,Mamat batu.
“Eh,apa dia?”Mamat batu itu menggaru pipinya.”Yes!Aku dah faham…thanks minah senget!”Mamat batu tu melambaikan tangannya.
Selepas tukar tayar kereta,Izz mmengajak Atikah makan di sebuah restoran.Izz hanya mendiamkan diri.Sepatah pun dia tak cakap.Atikah mula risau.
“Encik.Kita nak buat apa kat sini.”
“Emm… aaa… saya sebenarnya… aduh susah la nak cakap.”Izz nampak gugup sedikit.
“Kalau awak tak nak cakap,biar saya yang cakap.Saya minat dengan awak sejak dari sekolah lagi.Mungkin awak tak perasan saya.Saya tak sangka yang saya dapat bekerja dengan awak.Saya…”Izz cepat-cepat memotong.
“Saya suka dengan awak!”Akhirnya Izz luah pun segala yang terbuku di hatinya selama ini.Atikah memandang tepat mata Izz.Dia menepuk pipinya berkali-kali.Ah,tak mungkin.Mesti aku mengigau ni.
“Awak percayalah cakap saya.Saya takkan dapat lupakan awak.”
“Baiklah.Saya…”Atikah menundukkan wajahnya yang merah.Menahan malu,gembira,teruja dan bermacam-macam lagi.
                                        ~~ TAMAT~~




                   













   







                                                     


                                                    

                                               
                                                     



                                       

                                                                                                                      

                                                                 





Wednesday, November 07, 2012

YA! Aku suka berangan... :)

ASSALAMUALAIKUM..dan.. SELAMAT SEJAHTERA....emm....Selamat berkenalan >_<
Hari ni saya ada post satu cerpen yang harus di baca.!Di sini saya nak minta pendapat dari kawan2...yang mana..plot cerita tak menarik perlu di buang :'(  dan jangan lupa komen OK! Lagi satu minta maaf kalau rasa terpaksa....

Tajuk-->Balingan ANYEONGHASEYO. (sesuai tak dengan ceritanya??OPS..lupa kena baca dulu la..baru tahu)
         -->Orait Sila menjamu mata .... 

Alya Arissa merupakan cucu angkat kepada Nek Tom.Oleh kerana kedua ibu bapanya sibuk,dia tinggal bersama Nek Tom apabila ketiadaan orang tuanya.Pekerjaannya sebagai seorang guru tadika dikampung mudah dikenali oleh kanak-kanak disebabkan sikap keanak-anakannya,dia mudah didekati.Setiap minggu,rumah Nek Tom dikunjungi ‘tetamu’,siapa lagi kalau bukan murid tadika Alya Arissa yang datang hanya untuk bermain.Nek Tom yang melihatnya hanya menggeleng-geleng kepala sahaja kerana telatah cucu angkatnya melayan murid-murid tadika yang begitu rapat dengan cucunya. “Alya,hari ini anak,cucu dan cicit  Opah datang bercuti disini selama seminggu,”kata Nek Tom kepadanya “Wah,dapatlah Alya kawan baru ya,Opah,”jawab Alya dengan perasaan gembira.Alya dan Nek Tom yang sedang mengutip buah rambutan dikejutkan dengan bunyi hon kereta. “Eh,kera makan buah aku!”melatah Nek Tom diikuti ketawa Alya Arissa. “Opah ini buat lawak pula,”omel Alya.Nek Tom bergegas menyambut anak cucunya.Sudah lebih tujuh tahun dua orang cucunya tidak pulang ke Malaysia kerana kesibukan belajar.Alya Arissa menyambut mereka dengan senyuman diiringi salam. “Mak dengan Alya sihat?”tanya Mak Cik Marina. “Alhamdulillah,kami sihat,”jawab Nek Tom. “Eh,sudah mari kita masuk ke dalam rumah,mak dah sediakan minum petang untuk kamu semua.Diana mendekati Alya Arissa lalu berkata “Alya boleh tolong akak tidak?Tolong bawakan bagasi akak masuk ke dalam rumah.”Diana merupakan anak sulung Mak Cik Marina dengan Pak Cik Arif.Alya Arissa hanya mengangguk kerana dia tahu wanita tersebut memang memerlukan bantuannya kerana sedang mendokong anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur.Tanpa membuang masa,dia berjalan menuju ke bonet kereta.Tiba-tiba dia terasa badanya belakagnya dibaling dengan batu oleh seseorang berkali-kali. ‘Ini sudah lebih’bebel Alya dalam hati.Dia segera mencari dari arah mana datangnya batu yang dibaling.Sebiji batu kecil terkena dahinya.Alya Arissa terkejut dan dia meraba-raba dahinya kerana takut dahinya berdarah.Seorang lelaki muncul dari belakang pokok mangga dengan senyuman sinis.Bulat mata Alya Arissa melihat jejaka tersebut.Dia menggosok matanya berkali-kali. ‘Betulkah, apa yang aku sedang lihat di depan mata aku ini.Seorang lelaki berambut ala-ala Korea,mukanya hampir serupa… aduh,tidak boleh diluahkan dengan kata-kata.Tinggi dan cara dia berpakaian semuanya bagaikan artis lelaki Korea ataupun di kampung ini ada konsert kumpulan penyanyi Korea datang sini.Ah,mengarut!’Alya Arissa berjalan ke arah lelaki tersebut seraya berkata “Awak ini artis ke,penduduk Korea?” Lelaki itu menjawab “Cucu Nek Tom.”Alya hanya mengangguk faham.Kemudian dia mencari beg bagasi milik Kak Diana lalu tangan kanannya menarik bagasi tersebut untuk dibawa masuk ke rumah.Dia sekali lagi dibaling dengan batu.Alya mengangkat kening tanda tidak puas hati. “Ke mana kau hendak bawa beg itu?”tanya Zafriel. “Bawa masuk ke dalam rumahlah,”jawab Alya dengan nada malas. “Kau tahu itu beg siapa?”tanyanya lagi. “Beg Kak Diana.” “Untuk pengetahuan engkau,itu beg akulah.Jangan berani hendak sentuh!”Zafriel menekan tujuh perkataan yang terakhir dengan nada menjerit.Alya menelan air liur.Tangannya serta merta melepaskan pegangan dari bagasi itu.KetIka dia mendengar jawapan lelaki itu,mukanya hanya ditundukkan tanpa memandang muka Zafriel. “Mana orang tahu.”Alya terus mengambil bagasi berwarna merah dan berjalan terus masuk ke rumah. ‘Kalau diikutkan hati mahu sahaja kunci semua pintu dan tingkap dalam rumah ini,’bentak hati Alya mengingatkan lelaki itu.Zafriel hanya memerhati Alya Arissa masuk ke dalam rumah.                                                     _____________________________________________________________________________________________
“Alya,panggil Zafriel turun makan.”kata Nek Tom. “Baiklah Opah.”Alya pergi memanggil Zafriel. “Oh,awak rupanya Zafriel.”Alya memerlinya.Zafriel tidak menjawab. “Zafriel,Opah panggil turun makan.”Alya bercakap laju-laju. “Oppa? Saya?”Zafriel menaya kepada Alya untuk kepastian.Alya mengangguk laju. “Baiklah.”Zafriel menunjukkan muka yang manis kepada Alya.Alya menggaru-garru kepalanya yang tidak gatal. ‘Pelik betul aku dengan dia ini.Memang Opah yang suruh.Siapa lagi.’                                                                                                                                                                                                _____________________________________________________________________________________________
Alya Arissa menyapu halaman rumah Nek Tom yang penuh dengan daun mangga berguguran di tanah.Sambil dia menyapu dia mendengar lagu Love dari kumpulan CN Blue melalui earphone.  “Aduh!”Alya sudah mengagak siapa yang membalingnya.Dia mengecilkan mata.Tanpa Zafriel sedari, Alya Arissa juga sudah menggenggam sebiji batu kecil untuk membalas ‘dendam’. “Ini balingan selamat datang dari saya!”Sambil Alya Arissa membaling batu,dia melaung kata-kata tersebut . Zafriel yang terkejut dengan tindakkan Alya Arissa tersebut  bertindak ingin melarikan diri daripada terkena batu yang dibaling oleh Alya Arissa . Zafriel tidak dapat mengimbangi badannya,jatuh terlentang dari pangkin yang dia duduk di bawah pokok rambutan. “Aduh,sakitnya!”dia mengaduh kesakitan lalu dia bingkas bangun apabila menyedari pakaiannya kotor terkena debu tanah. “Lihat,kotor baju aku ini tahu!”Zafriel menjeling tajam sambil menepuk debu hilang dari pakaiannya. “Itu pun hendak marah.Eh,,di Korea tidak ada debu tanah ke?”Alya bertanya Zafriel yang sedang menahan geram.Tunggu mahu diletuskan saja.Nek Tom datang mendekati mereka berdua. “Apa yang dibisingkan pagi-pagi ini.” Alya menjawab “Opah,Zafriel jatuh dari pangkin,itu pun dia hendak marah.” Zafriel menggaru telinganya yang tidak gatal. ‘Betul ke apa yang aku dengar ini.Dia panggil aku Oppa lagi?’Tanya Zafriel dalam hatinya.Kemudian dia tersenyum.Nek Tom sudah mengajak Zafriel masuk ke dalam rumah untuk sarapan pagi.Dua jam kemudian.Alya Arissa khusyuk mendengar bait-bait lirik lagu Beautiful dari kumpulan Korea 2PM. “Auw!”Alya menjerit kecil. ‘Ee..kalau satu hari tidak baling batu tidak boleh ke dia ini.’ Zafriel memberi sekeping kertas kepada Alya Arissa lalu dia membaca.Setelah habis membaca,dia bangun dan terus berjalan kaki menuju ke  destinasi yang di tulis oleh Zafriel.Zafriel hanya mengikuti langkah Alya Arissa. “Sudah sampai,”dengan nada yang malas Alya bercakap. “Ini tempat apa?”Tanya Zafriel kebingungan.Ternganga mulut Alya. “Apa?Awak tidak tahu ini apa?Kesiannya.Inilah namanya sawah padi.Cantik,bukan?”.Zafriel mengangguk. “Ini pertama kali aku lihat sawah padi.Tidak tahu pula di kampung ini ada sawah,”ucapnya sambil berjalan dia menangkap gambar.Tanpa Alya Arissa sedari,Zafriel telah terjatuh masuk ke dalam. “Tolong,aku cepat.Aduh,apa ini?Hah,cacing!”Mengelupur Zafriel apabila terlihat ‘cacing’ di kakinya.Alya tergelak kecil. “Awak,itu bukan cacing tapi pacat.”Alya masih menahan gelaknya.Setelah beberapa minit,Alya mengajak Zafriel pulang. “Opah!Datang ke sini.”Alya melambaikan tangannya ke arah Nek Tom yang sedang berjalan di belakang Zafriel yang tidak tahu Nek Tom menghampiri mereka berdua.Zafriel sekali lagi kebingungan. ‘Dia panggil aku Oppa lagi?’.Dia cuba bangun sendiri dari.Kemudian berjalan menghampiri Alya dengan muka yang ceria.Alya Arissa mula membuat muka. ‘Kenapa dia ini.Senyum memanjang saja.Aku ada panggil dia dengan nama manja ke?”.                                                                                                                                                                                                                                                                                   _____________________________________________________________________________________________
Sudah seminggu Mak Cik Marina sekeluarga bercuti di kampung.Mereka sibuk memasukkan bagasi masing-masing ke dalam bonet kereta. ‘Masa mula-mula jumpa Zafriel ternganga aku melihatnya.Muka kacak sangat.’Lamunan Alya Arissa terhenti.Sebiji batu terkena di bahunya.Sakit badan tempoh hari pun belum hilang.Alya senyum kambing ketika memandang muka Zafriel.Dia mendekati Alya. “Itu balingan terakhir dari aku.Kau jangan fikir ‘mesti dia ini tidak lama akan hidup’.Aku sudah tahu.Tadi itu namanya balingan kamsahamnida dari akusebab kau sudah banyak ajar aku tentang kampung ini,”jelas Zafriel.Alya berasa terharu sangat,dia menganggukkan kepala sahaja.Dia ingin menghampiri Nek Tom,Mak Cik Marina dan Kak Diana namun langkahnya telah dihalang oleh Zafriel. “Sebentar,aku hendak tanya,kau selama ini betulkah panggil aku Oppa?O.P.P.A.”Zafriel mengangkat kening sebelah. Alya mennggaru pipinya. “Oppa?Apa itu?Saya selalu panggil Opah bukan Oppa.Kalau awak mahu tahu saya panggil Nek Tom dengan panggilan Opah.Tapi Oppa yang awak cakap itu saya betul tidak tahu.” Zafriel tergelak apabila mendengar penjelasan Alya sebentar tadi. “Oppa itu dalam bahasa Korea yang bermaksud abang yang kusayangi.Dengan kata lain buah hati,”jawab Zafriel tanpa perasaan malu.Alya tersentak. ‘Selama ini,Zafriel senyum selalu dekat aku sebab dia perasan yang aku…ah,tidak!’.Alya segera menundukkan badannya berkali-kali seperti dalam cerita Korea yang meminta maaf setiap kali membuat kesalahan.Alya berlari ke arah Nek Tom yang berada bersama anak dan cucunya.Setelah mereka pulang ke Kuala Lumpur,Nek Tom menyerahkan sekeping sampul surat kecil.Dia terus membaca isi kandungannya. ‘Baru sekarang aku tahu apa maksud Opah.Selama ini aku hanya tahu perkataan Oppa dan tidak sangka ia sama bunyi kalau didengar sambil lewa seperti aku.Mungkin lama lagi aku akan pulang bercuti di sini.Jadi aku ada selitkan gambar aku masa dekat sawah.Oh,lupa.Masa mula-mula jumpa kau aku ada baling kau dengan batu itu namanya balingan Anyeonghaseyo dari aku.’ Setelah lama Alya membaca ddia mengeluarkan sekeping gambar dari Zafriel.Dalam gambar itu muka Alya ada juga tapi jauh namun suasananya sungguh ceria.Alya Arissa membaca tulisan di bahagian bawah gambar tersebut yang tertulis‘Saranghae dari Oppa Zafriel hahaha.’ Tanpa Alya sedari bibirnya menyebut perkataan “Oppa” dan senyuman bahagia terukir.



OKAY DAH HABIS  BACA KAN?? APA LAGI SILALAH KOMEN…jangan malu..komen anda amat diperlukan ….