Hari ni saya ada post satu cerpen yang harus di baca.!Di sini saya nak minta pendapat dari kawan2...yang mana..plot cerita tak menarik perlu di buang :'( dan jangan lupa komen OK! Lagi satu minta maaf kalau rasa terpaksa....
Tajuk-->Balingan ANYEONGHASEYO. (sesuai tak dengan ceritanya??OPS..lupa kena baca dulu la..baru tahu)
-->Orait Sila menjamu mata ....
Alya Arissa
merupakan cucu angkat kepada Nek Tom.Oleh kerana kedua ibu bapanya sibuk,dia
tinggal bersama Nek Tom apabila ketiadaan orang tuanya.Pekerjaannya sebagai
seorang guru tadika dikampung mudah dikenali oleh kanak-kanak disebabkan sikap
keanak-anakannya,dia mudah didekati.Setiap minggu,rumah Nek Tom dikunjungi
‘tetamu’,siapa lagi kalau bukan murid tadika Alya Arissa yang datang hanya
untuk bermain.Nek Tom yang melihatnya hanya menggeleng-geleng kepala sahaja
kerana telatah cucu angkatnya melayan murid-murid tadika yang begitu rapat
dengan cucunya. “Alya,hari ini anak,cucu dan cicit Opah datang bercuti disini selama
seminggu,”kata Nek Tom kepadanya “Wah,dapatlah Alya kawan baru ya,Opah,”jawab
Alya dengan perasaan gembira.Alya dan Nek Tom yang sedang mengutip buah
rambutan dikejutkan dengan bunyi hon kereta. “Eh,kera makan buah aku!”melatah
Nek Tom diikuti ketawa Alya Arissa. “Opah ini buat lawak pula,”omel Alya.Nek
Tom bergegas menyambut anak cucunya.Sudah lebih tujuh tahun dua orang cucunya
tidak pulang ke Malaysia kerana kesibukan belajar.Alya Arissa menyambut mereka
dengan senyuman diiringi salam. “Mak dengan Alya sihat?”tanya Mak Cik Marina.
“Alhamdulillah,kami sihat,”jawab Nek Tom. “Eh,sudah mari kita masuk ke dalam
rumah,mak dah sediakan minum petang untuk kamu semua.Diana mendekati Alya
Arissa lalu berkata “Alya boleh tolong akak tidak?Tolong bawakan bagasi akak
masuk ke dalam rumah.”Diana merupakan anak sulung Mak Cik Marina dengan Pak Cik
Arif.Alya Arissa hanya mengangguk kerana dia tahu wanita tersebut memang
memerlukan bantuannya kerana sedang mendokong anak lelakinya yang sedang
nyenyak tidur.Tanpa membuang masa,dia berjalan menuju ke bonet kereta.Tiba-tiba
dia terasa badanya belakagnya dibaling dengan batu oleh seseorang berkali-kali.
‘Ini sudah lebih’bebel Alya dalam hati.Dia segera mencari dari arah mana
datangnya batu yang dibaling.Sebiji batu kecil terkena dahinya.Alya Arissa
terkejut dan dia meraba-raba dahinya kerana takut dahinya berdarah.Seorang
lelaki muncul dari belakang pokok mangga dengan senyuman sinis.Bulat mata Alya
Arissa melihat jejaka tersebut.Dia menggosok matanya berkali-kali. ‘Betulkah,
apa yang aku sedang lihat di depan mata aku ini.Seorang lelaki berambut ala-ala
Korea,mukanya hampir serupa… aduh,tidak boleh diluahkan dengan kata-kata.Tinggi
dan cara dia berpakaian semuanya bagaikan artis lelaki Korea ataupun di kampung
ini ada konsert kumpulan penyanyi Korea datang sini.Ah,mengarut!’Alya Arissa
berjalan ke arah lelaki tersebut seraya berkata “Awak ini artis ke,penduduk
Korea?” Lelaki itu menjawab “Cucu Nek Tom.”Alya hanya mengangguk faham.Kemudian
dia mencari beg bagasi milik Kak Diana lalu tangan kanannya menarik bagasi
tersebut untuk dibawa masuk ke rumah.Dia sekali lagi dibaling dengan batu.Alya
mengangkat kening tanda tidak puas hati. “Ke mana kau hendak bawa beg
itu?”tanya Zafriel. “Bawa masuk ke dalam rumahlah,”jawab Alya dengan nada
malas. “Kau tahu itu beg siapa?”tanyanya lagi. “Beg Kak Diana.” “Untuk
pengetahuan engkau,itu beg akulah.Jangan berani hendak
sentuh!”Zafriel menekan tujuh perkataan yang
terakhir dengan nada menjerit.Alya menelan air liur.Tangannya serta merta
melepaskan pegangan dari bagasi itu.KetIka dia mendengar jawapan lelaki
itu,mukanya hanya ditundukkan tanpa memandang muka Zafriel. “Mana orang
tahu.”Alya terus mengambil bagasi berwarna merah dan berjalan terus masuk ke
rumah. ‘Kalau diikutkan hati mahu sahaja kunci semua pintu dan tingkap dalam
rumah ini,’bentak hati Alya mengingatkan lelaki itu.Zafriel hanya memerhati
Alya Arissa masuk ke dalam rumah.
_____________________________________________________________________________________________
“Alya,panggil Zafriel turun
makan.”kata Nek Tom. “Baiklah Opah.”Alya pergi memanggil Zafriel. “Oh,awak
rupanya Zafriel.”Alya memerlinya.Zafriel tidak menjawab. “Zafriel,Opah panggil
turun makan.”Alya bercakap laju-laju. “Oppa? Saya?”Zafriel menaya kepada Alya
untuk kepastian.Alya mengangguk laju. “Baiklah.”Zafriel menunjukkan muka yang
manis kepada Alya.Alya menggaru-garru kepalanya yang tidak gatal. ‘Pelik betul
aku dengan dia ini.Memang Opah yang suruh.Siapa lagi.’ _____________________________________________________________________________________________
Alya Arissa menyapu halaman rumah Nek
Tom yang penuh dengan daun mangga berguguran di tanah.Sambil dia menyapu dia
mendengar lagu Love dari kumpulan CN Blue melalui earphone. “Aduh!”Alya sudah mengagak siapa yang
membalingnya.Dia mengecilkan mata.Tanpa Zafriel sedari, Alya Arissa juga sudah
menggenggam sebiji batu kecil untuk membalas ‘dendam’. “Ini balingan selamat
datang dari saya!”Sambil Alya Arissa membaling batu,dia melaung kata-kata
tersebut . Zafriel yang terkejut dengan tindakkan Alya Arissa tersebut bertindak ingin melarikan diri daripada
terkena batu yang dibaling oleh Alya Arissa . Zafriel tidak dapat mengimbangi
badannya,jatuh terlentang dari pangkin yang dia duduk di bawah pokok rambutan.
“Aduh,sakitnya!”dia mengaduh kesakitan lalu dia bingkas bangun apabila
menyedari pakaiannya kotor terkena debu tanah. “Lihat,kotor baju aku ini
tahu!”Zafriel menjeling tajam sambil menepuk debu hilang dari pakaiannya. “Itu
pun hendak marah.Eh,,di Korea tidak ada debu tanah ke?”Alya bertanya Zafriel
yang sedang menahan geram.Tunggu mahu diletuskan saja.Nek Tom datang mendekati
mereka berdua. “Apa yang dibisingkan pagi-pagi ini.” Alya menjawab
“Opah,Zafriel jatuh dari pangkin,itu pun dia hendak marah.” Zafriel menggaru
telinganya yang tidak gatal. ‘Betul ke apa yang aku dengar ini.Dia panggil aku
Oppa lagi?’Tanya Zafriel dalam hatinya.Kemudian dia tersenyum.Nek Tom sudah
mengajak Zafriel masuk ke dalam rumah untuk sarapan pagi.Dua jam kemudian.Alya
Arissa khusyuk mendengar bait-bait lirik lagu Beautiful dari kumpulan Korea
2PM. “Auw!”Alya menjerit kecil. ‘Ee..kalau satu hari tidak baling batu tidak
boleh ke dia ini.’ Zafriel memberi sekeping kertas kepada Alya Arissa lalu dia
membaca.Setelah habis membaca,dia bangun dan terus berjalan kaki menuju ke destinasi yang di tulis oleh Zafriel.Zafriel
hanya mengikuti langkah Alya Arissa. “Sudah sampai,”dengan nada yang malas Alya
bercakap. “Ini tempat apa?”Tanya Zafriel kebingungan.Ternganga mulut Alya.
“Apa?Awak tidak tahu ini apa?Kesiannya.Inilah namanya sawah padi.Cantik,bukan?”.Zafriel
mengangguk. “Ini pertama kali aku lihat sawah padi.Tidak tahu pula di kampung
ini ada sawah,”ucapnya sambil berjalan dia menangkap gambar.Tanpa Alya Arissa
sedari,Zafriel telah terjatuh masuk ke dalam. “Tolong,aku cepat.Aduh,apa
ini?Hah,cacing!”Mengelupur Zafriel apabila terlihat ‘cacing’ di kakinya.Alya
tergelak kecil. “Awak,itu bukan cacing tapi pacat.”Alya masih menahan
gelaknya.Setelah beberapa minit,Alya mengajak Zafriel pulang. “Opah!Datang ke
sini.”Alya melambaikan tangannya ke arah Nek Tom yang sedang berjalan di
belakang Zafriel yang tidak tahu Nek Tom menghampiri mereka berdua.Zafriel
sekali lagi kebingungan. ‘Dia panggil aku Oppa lagi?’.Dia cuba bangun sendiri
dari.Kemudian berjalan menghampiri Alya dengan muka yang ceria.Alya Arissa mula
membuat muka. ‘Kenapa dia ini.Senyum memanjang saja.Aku ada panggil dia dengan
nama manja ke?”.
_____________________________________________________________________________________________
Sudah seminggu Mak Cik Marina sekeluarga
bercuti di kampung.Mereka sibuk memasukkan bagasi masing-masing ke dalam bonet
kereta. ‘Masa mula-mula jumpa Zafriel ternganga aku melihatnya.Muka kacak
sangat.’Lamunan Alya Arissa terhenti.Sebiji batu terkena di bahunya.Sakit badan
tempoh hari pun belum hilang.Alya senyum kambing ketika memandang muka
Zafriel.Dia mendekati Alya. “Itu balingan terakhir dari aku.Kau jangan fikir
‘mesti dia ini tidak lama akan hidup’.Aku sudah tahu.Tadi itu namanya balingan
kamsahamnida dari akusebab kau sudah banyak ajar aku tentang kampung ini,”jelas
Zafriel.Alya berasa terharu sangat,dia menganggukkan kepala sahaja.Dia ingin
menghampiri Nek Tom,Mak Cik Marina dan Kak Diana namun langkahnya telah
dihalang oleh Zafriel. “Sebentar,aku hendak tanya,kau selama ini betulkah
panggil aku Oppa?O.P.P.A.”Zafriel mengangkat kening sebelah. Alya mennggaru
pipinya. “Oppa?Apa itu?Saya selalu panggil Opah bukan Oppa.Kalau awak mahu tahu
saya panggil Nek Tom dengan panggilan Opah.Tapi Oppa yang awak cakap itu saya
betul tidak tahu.” Zafriel tergelak apabila mendengar penjelasan Alya sebentar
tadi. “Oppa itu dalam bahasa Korea yang bermaksud abang yang kusayangi.Dengan
kata lain buah hati,”jawab Zafriel tanpa perasaan malu.Alya tersentak. ‘Selama
ini,Zafriel senyum selalu dekat aku sebab dia perasan yang aku…ah,tidak!’.Alya
segera menundukkan badannya berkali-kali seperti dalam cerita Korea yang
meminta maaf setiap kali membuat kesalahan.Alya berlari ke arah Nek Tom yang
berada bersama anak dan cucunya.Setelah mereka pulang ke Kuala Lumpur,Nek Tom
menyerahkan sekeping sampul surat kecil.Dia terus membaca isi kandungannya.
‘Baru sekarang aku tahu apa maksud Opah.Selama ini aku hanya tahu perkataan
Oppa dan tidak sangka ia sama bunyi kalau didengar sambil lewa seperti
aku.Mungkin lama lagi aku akan pulang bercuti di sini.Jadi aku ada selitkan
gambar aku masa dekat sawah.Oh,lupa.Masa mula-mula jumpa kau aku ada baling kau
dengan batu itu namanya balingan Anyeonghaseyo dari aku.’ Setelah lama Alya
membaca ddia mengeluarkan sekeping gambar dari Zafriel.Dalam gambar itu muka
Alya ada juga tapi jauh namun suasananya sungguh ceria.Alya Arissa membaca
tulisan di bahagian bawah gambar tersebut yang tertulis‘Saranghae dari Oppa
Zafriel hahaha.’ Tanpa Alya sedari bibirnya menyebut perkataan “Oppa” dan
senyuman bahagia terukir.
OKAY DAH HABIS BACA KAN??
APA LAGI SILALAH KOMEN…jangan malu..komen anda amat diperlukan ….
No comments:
Post a Comment