Ini mungkin saya-->
Tengok bawah tu..
Tengok bawah tu..
Cerpen yang tak seberapa harganya........
yang bertajuk---->KISAH AKU & KAU
Aku
dan Atikah masuk ke dalam sebuah restoran yang berdekatan dengan shopping
mall.Sudah tiga jam aku dengan Atikah pusing satu mall ni,mana tak penatnya.Kita orang cuci
mata je.Ops!Kita orang bukan cuci mata
tengok lelaki okay!Tapi tengok fesyen yang terbaru dipasaran.Huh!Perut dah
bergendang.Alah!Mana waiter ni,lambat betullah!Aku membetulkan tudung.
“Atikah,hari
ni aku belanja.Kau orderlah,”ujar aku sambil menyelak buku menu.Waiter itu
beredar.
“Anis,kenapa
waiter itu sebut tiga set bukan dua?Oo..kau nak melantak ya?”Atikah tanya
kepada aku.Aku hanya tersenyum.Kemudian,Atthirah kawan geng Frenz For Ever aku
dan Atikah datang lalu duduk di sebelah aku.Aku lihat muka Atikah terkejut.
“Eh,mana
kau tahu,kita orang ada kat sini?Ke kau guna perisik.Hahaha.”Atikah
bertanya.Muka Atthirah seperti biasa.Hanya aku yang tahu.Emm..nak pecahkan
rahsia ke tak nak ni. ‘Pecahkanlah’,bisik suara halus.Suara siapa itu?Hati
akulah siapa lagi.
“Aku
yang ajak Atthirah datang sini.Takkan kita berdua je.Nanti orang ingat kita
dating pula.”Aku ketawa.Atthirah juga ketawa.Atikah pula buat muka tak puas
hati.
“Tak
nak aku dating dengan kau,”cebik Atikah.
“Asyik
berdua je.Biarlah aku jadi orang ketiga.Bolehkan?”Atthirah mencelah.
“Boleh
sangat.Amat dialu-alukan.”Aku terus ketawa.Tiba-tiba,mata aku terpandang susuk
tubuh seseorang.Eh,macam kenal je itu bukan ‘beg hijau’ ke.Aku mencuit
Atikah.Aku menunjukkan kepada Atikah tentang ‘beg hijau’.Bulat mata Atikah.Aku
rasa sudah enam tahun berlalu.
“Wei,macam
mana dia ada kat sini?”Atikah memandang muka aku dan muka Atthirah.
“Woit!Manalah aku tahu.Ingat aku ni adik dia ke?”balas
aku.Atthirah masih mencari-cari.Aku pegang kepala dia lalu biarkan dia melihat
‘beg hijau’.Atthirah pandang aku.Huh!Kalau tak buat muka pelik dia orang
ni tak boleh ker.Kami menikmati hidangan yang dipesan tadi.Lapar ni dari pagi aku
tak makan.Selepas habis makan,kami pulang ke rumah masing-masing.Atikah yang
hantar naik kereta dia.
“Wei,nanti
kita bual lagi ya.Bye.”Atikah menutup panggilan.Dia masuk ke dalam bilik
bosnya.Bosnya mengatakan hari ni ada pekerja baru akan masuk.Tak tanya pula
lelaki ke perempuan.Bosnya menyuruh semua berkumpul di bilik mesyuarat.
“Esok,kamu
akan menjadi setiusaha kepada Izz.Sekejap lagi dia sampai lah.”Bos Atikah
membisik kepadanya.Dia hanya mengangguk. ‘Izz tu lelaki ke perempuan ya?’tanya
Atikah dalam hati.
“Baiklah
semua.Perkenalkan ini CEO kita yang baru,Izz.Dia akan mula bertugas mulai esok.”Puan
Hasnah memperkenalkan Izz. ‘Apa?!Izz.Kenapa aku rasa macam pernah tengok muka
dia ni ya.’
Minggu ni tak ada
siapa yang nak keluar dengan aku.Atikah sibuk dengan kerja.Dia nampak gembira
dengan pekerjaannya.Atthirah pula jadi pensyarah.Aku?Masih tunggu
pengesahan.Akukan nak jadi cikgu.Aku hari ni nak tenangkan otak seorang diri di
emm… dimana ya?Ah!Aku nak tenangkan otak bukan nak kosongkan otaklah!Aku
sekarang berada di rumah.Ah,tidur lebih baik.
Ringtone
handphone aku berbunyi “Ah,siapa yang kacau aku pagi-pagi ni.”Nama Atikah
tertera di skrin.
“Hello.Kenapa
kau kacau aku pagi-pagi ni.”
“Eh,banyaklah
pagi kau.Ni dah pukul 5 petang okay.Ni aku nak jumpa kau kat taman depan
sana.Boleh tak?”Atikah marah kepada aku.
“Jumpa
kau?Hem… yalah boleh.”Aku letak telefon.Aku bersiap.Jalan kaki la apa lagi.Aku
dah sampai.Aku mencari kelibat Atikah.Emm… belum sampai la tu.Aku berjalan ke
arah gerai yang menjual ais krim.Ah…semua huruf depan ‘ais’ aku suka.Aku
melihat-lihat pelbagai perisa ais krim.
“Pak
cik bagi ais krim perisa vanilla dengan strawberi satu.”Aku memberi pesanan
kepada pak cik penjual ais krim itu.
“Terima
kasih,uncle.Dia yang bayar.”Aku terkejut.Mana taknya.Seorang lelaki merampas
ais krim dari tangan pak cik tersebut.Aku membulatkan mata.Tak guna!Tunggu
kau,akan ku balas.
“Pak
cik,bagi lagi satu.”Aku memberi duit kepada pak cik itu.
“Vanilla
dengan stawberi?Maaflah nak,perisa tu dah habis.”tutur pak cik tersebut dan
membuatkan aku panas hati dengan mamat tadi.
“Kalau
macam tu.Tak apalah pak cik.”Aku beredar dari situ.Aku mencari lelaki
tadi.Hah!Sudah jumpa pun kau.Tunggulah.
“Assalamualaikum.Maaf,boleh
aku duduk sini?”Penuh sopan santun aku.Itulah namanya berlakon.
“Kenapa
kau nak duduk dekat sini juga.Kau tak nampak ke,banyak lagi kerusi yang
kosong.Menyibuk je!”Mamat itu marah aku.Aku masih terus berlakon.
“Aku
nampak kerusi ni yang paling dekat dari tempat berdiri aku, nak buat macam
mana.”Aku duduk di sebelah kanan kerusi,hujung dan jauh dari dia.Aku
mengeluarkan buku novel.Kepala aku ligat memikirkan apa yang akan aku lakukan
seterusnya.Aku menoleh ke arahnya.Dia menjeling.Ada aku kesah.Kau dah curi ais
krim aku,ingat aku boleh lepaskan kau macam itu je!Idea sudah datang.Aku bangun
dari kerusi lalu berdiri depan dia.Aku masih memegang novel.Ini salah satu
bahan membalas dendam.Masa untuk bertindak.
“Eh,ada
sesuatulah kat tangan kau tu.”Aku menipu dia.Mamat batu itu memandang ke arah
tangannya yang ada ais krim.Aku apalagi,menggunakan novel,aku tolak tangannya
dan ais krim itu terkena muka dia.Rasakan,padan muka.Aku terus meninggalkan
mamat itu.Selamatkan diri dari mamat batu.Kenapa aku panggil dia mamat batu
sebab dia kepala batu dan hati dia keras macam batu.
“Oi,tak
guna betul kau!Berani ya!”Aku terdengar dia menjerit.Aduh macam mana ni?Matilah
aku.Tiba-tiba,aku terserempak dengan Atikah.Aduhai,macam mana aku boleh lupa
yang dia nak jumpa dengan aku.Aku berlari ke arah Atikah.
“Wei,Atikah
jom pergi dari sini.”Aku menarik Atikah dan menyuruh dia memandu kereta
sekarang.
“Kau
ni kenapa?Kena kejar dengan hantu ke?Pucat je muka kau.”Atikah bertanya kepada
aku.Aku membisu.
“Kalau
kau nak tahu jawapannya.Tuunggu nantilah ya.”Aku menjawab.Atikah meneruskan
pemanduan.Mata aku memerhati sekeliling.Manalah tahu mamat batu tadi kejar lagi
ke.Dush!Aduh,sakitnya kepala aku terhentak kat dashboard.Aku pandang Atikah.Dia
menunjukkan jari ke arah luar kereta.Habislah aku.Mamat batu itu menghampiri
kereta.Dia berdiri ditepi tingkap kiri tempat aku duduk.Dia mengetuk cermin
tingkap lalu menyuruh aku keluar.Aku tak nak
pandang dia.Huh!Macam perompak je.
“Wei,Anis.Baik kau keluar sajalah.Nanti tak
pasal-pasal kereta aku jadi mangsa pula.”Atikah member arahan.Suara dia serius
tak main-main.Aku tahulah ini kereta idaman kau.Suzuki Swift merah.Aduh,Atikah
dah bersekongkol dengan mamat
batu ni ker.Suruh aku keluar bukan nak safe my life pun.Dengan muka yang
pucat,aku keluar juga berdepan dengan mamat batu itu.
“Kenapa
kau ni liat sangat nak keluar hah?Oo… kau takut ya.Siapa suruh kau mulakan
dulu.Kau fikir aku akan lepaskan kau.Jangan harap.”Mamat batu itu terus
membebel.Aku hanya menundukkan muka.
“Apa
kau kata?Aku mulakan dulu?Cuba kau reverse balik otak kau.Siapa yang curi ais
krim aku dulu.Bukan kau ke?Memang patut pun kau dapat balasan macam itu!”Aku
menjawab dengan tegas.
“Aku
pencuri?Kaulah pencuri tahu tak!Tak apa kali ni aku lepaskan kau.Kalau jumpa
kau lagi siaplah kau.Minah senget!”Mamat batu itu pun berlalu dari situ.Aku
masuk ke dalam kereta semula.
“Sudah
habis berdrama cik?”Atikah memerli aku.Aku tak peduli pun.Dia terus memandu
menghantar aku pulang.Sebelum aku masuk ke dalam rumah,Atikah berpesan.
“Esok jumpa aku kat gerai depan pejabat aku kerja tau.”Aku
hanya mengangguk.Nasib petang ni tak seronok la.
“Atikah.Sila
masuk ke dalam pejabat saya sekarang.”Izz memberi arahan kepada Atikah.Hari
ni,hari pertama dia bekerja dengan Izz.Atikah mengetuk pintu lalu masuk ke
dalam.Jantung dia berdegup.
“Hari
ni saya ada berapa mesyuarat?”Tanya Izz.Atikah diam.Ah,pertama kali aku dengar
suara dia comelnya!
“Ehem!Atikah
saya tanya awak ni.”Izz mengoyangkan tangannya didepan muka Atikah.Dia mula
tersedar.Eh,aku termenung ke?Malunya!Atikah menepuk pipinya.Izz hanya memerhati
gelagatnya.Sesekali dia tersenyum.
“Encik
Izz tanya apa tadi?Oh,lupa pula.Hari ni Encik ada empat mesyuarat di luar.”Kemudian
Atikah menerangkan waktu dan tempat mesyuarat dijalankan.
“Baiklah.Awak
ikut saya ke semua mesyuarat tersebut.Bolehkan?”Izz menunggu jawapan sambil
menongkat dagu. ‘Ah,comelnya!’bisik hati Atikah.
“Boleh.Tapi
ini kali pertama saya keluar mesyuarat selalunya dipejabat ni saja.”Atikah
menenangkan hatinya.
“Sekarang
dah berubah.Awak tak ada masalahkan?”
“Masalah?Em…saya rasa tak ada.Encik Izz boleh saya keluar
sekarang?”Atikah bertanya.Ah,aku tak boleh lama dengan kau kat sini dan akan
menyebabkan aku jatuh pengsan bila lama bercakap dengan kau.Izz mengangguk.
Aku
dan Atthirah menunggu Atikah.Kami termenung.Aku dah ceritakan tentang hal
semalam kepada Atthirah.
“Beraninya
kau.”Atthirah terkejut.
“Dah
terpaksa nak buat macam mana.Dia ambil ais krim aku.Muka handsome tapi tak
guna.”Aku geram gila.
“Kenapa
kau tak beli ais krim yang lain je.Suka buat masalah.”Atthirah memberi
nasihat.Aku hanya diam.Kemudian Atikah datang dengan muka yang ceria.Mesti ada
sesuatu yang dia suka.Dia mengambil tempat di sebelah Atthirah yang menghadap
ke dalam gerai.
“Kau
orang cuba teka aku dengan siapa sekarang?Mesti kau tak percaya.”Atikah gembira
mengaju soalan itu kepada kami.
“Mana
ada siapa yang datang dengan kau tadi.”Jawapan bodoh aku bagi.Atikah cubit
lengan aku.Aku tersenyum sakit.
“Kau
dah bercinta ke?”Tanya Atthirah.
“Kau
orang ni apalah.Okaylah.Aku sekarang kerja dengan ‘beg hijau’.Percaya
tak?”Atikah angkat kening sebelah.Aku cubit pipi dia.Dia mengerang
kesakitan.Oh,tak mimpilah ni.
“50-50
antara percaya dan tak.”Aku bagi jawapan.Atthirah pun mengangguk. “Cuba kau
jelaskan boleh tak?”
“Okay.Aku
sekarang setiusaha kepada ‘beg hijau’.Dia merupakan CEO baru kat syarikat aku
bekerja.Mula-mula aku pun tak percaya.Ah,aku rasa nak pengsan je bila cakap
dengan dia.Petang ni ada dua mesyuarat kat Kuala Lumpur.Oh,lupa tadi aku naik
kereta dengan dia.First,malu juga lah.Ah,dia buat muka
comel!Subhanallah!Tampannya dia,hanya Allah yang tahu.Aku rasa itu sajalah.Kau
orang jangan gelak!”Atikah memang semangat bercerita macam selalu.Akhirnya
gelak kita orang terkeluar jua.
“Aku
ketawa sebab aku tahu kau teruja bila dapat jumpa dengan dia.Tahniah aku
ucapkan.”Aku bersalaman dengan Atikah.Tiba-tiba,seseorang bagi salam.Semua
terkejut.Mulut terkunci.
“Atikah,boleh
saya duduk disini.Tempat semuanya penuh.” ‘Beg hijau’ duduk sebelah aku.Kenapa
aku jadi mangsa juga.Tapi duduk berhadapan dengan Atikah jadi tak adalah sifat
cemburu ya!Aku dan Atthirah diam.Hanya menunggu babak drama.Hahaha…Sepuluh
minit kemudian babak drama tak ada!Ah,penat je aku tunggu.Aku bangun untuk
memesan ais batu campur.Dia orang semua tak nak makan ais batu campur katanya
nak jaga suara.
“Abang,ABC
satu.”Aku memesan dan kemudian baru aku tersedar ada juga orang menyebut
juga.Aku memandangnya dan dia juga.Kami menjeling.Ee… macam mana mamat batu ni
ada kat sini juga.Sakitnya hati aku!
“Adik.ABC
tinggal satu.Siapa yang nak dulu.”
“Abang,bagi
sayalah.”Aku dan mamat batu itu menjawab.
“Woi!Aku
minta dululah.”Aku bersuara.
“Mana
ada.Aku datang dulu!”Mamat batu itu lawan balik.
“Ah!Abang
kena bagi saya juga.Lady First!”
“Tak
boleh!Sayalah,Bang.”Kami bertikam lidah.Oo… rupanya inilah drama aku,bukan
drama Atikah.Abang tu dah pening kepala.
“Kalau
macam ni kamu bedua tak payahlah makan.”Abang tu bagi cadangan.Mata kami bulat
mendengar jawapan tersebut.
“Tak
boleh.Kami nak juga!”Suara kami hampir menjerit.
“Kamu
berdua nak kongsi ke?Atau nak saya bahagi?”
“Kongsi?Dengan
dia?Baik bahagi!”Kami bersuara lagi dan bagi jawapan.Tiba-tiba,Atikah dengan
Atthirah datang kepadaku.Dia orang memegang bahu aku.Mungkin nak selamatkan
keadaan.Suasana belum lagi kecoh sebab ramai pengunjung dalam gerai ini.Tak
lupa ‘Beg hijau’,dia pun sama macam kawan-kawan aku.
“Wei,Anis.Baik
kau mengalah sajalah.Nanti aku bawa kau pergi makan ABC.Nak tak?”Atikah memujuk
aku.Takkan seorang perempuan akan mengalah kepada mamat batu macam dia ni.
“Baik.Kali
ni aku mengalah dengan kau!Semua yang aku nak makan,kau nak juga!”Hari ni aku
geram gila dengan dia.Ee…rasa nak tumbuk je muka dia.’Beg hijau’menenangkan
mamat batu.Kenapalah dia tu baik sangat.Oo… sebab tu lah Atikah masih minat kat
dia walaupun dia tak tahu.Atikah patut nyanyi lagu ‘I Love You’ Najwa Latif
dekat ‘Beg hijau’ tahu.Aku beredar dari gerai makan tersebut.Makin lama aku kat
sini makin sakit hati aku.
“Jom…saya
belanja awak makan ABC.Sepatutnya awak biarkanlah dia tu.Awak kenal dia ke dia
tu?”Wah! ‘Beg hijau’ nak pujuk aku konon.
“Entah tak kenal pun.Cepatlah kata nak belanja sangat.”Aku
menolak bahu Atikah sambil tersenyum.Pandai dia ambil hati.Oh,dia guna ayat Atikah
nampak,masa pujuk aku tadi.Kami pergi ke tempat yang ada jual ABC.Ingat senang
ke ada orang nak belanja lagi-lagi orang yang Atikah minat.
"Emm…
awak balik naik apa?”Izz bertanya kepada Atikah.
“Naik
kereta.Saya yang bawa.”Atikah keluar dari kereta lalu menuju ke tempat parking
kereta.Atikah terkejut.Dia duduk mencangkung melihat tayar keretanya
pancit.Kemudian,Izz datang membelek tayar kereta Atikah.Dia pun mencangkung di
sebelah Atikah.Dia pandang muka Atikah lalu tersenyum nipis.
“Awak,jom
kita hantar awak balik.Tayar kereta awak pancit tu atau awak ada tayar spare?”Izz
bangun.
“Tayar
spare?Saya rasa tak ada kot.Alah,macam mana nak balik ni.”Atikah risau dengan
keadaan itu.
“Awak,jom
saya hantar awak pulang.Saya kan ada.Awak tak percaya saya ke?”Atikah berfikir.
‘Beg hijau’ nak hantar aku?Ah,macam tak percaya je.Nak ke tak nak ni.
“Betulkah,awak
boleh hantar saya?”Atikah Tanya kembali.Izz mengangguk.
“Jadi,awak setujulah ni?Kalau macam tu,awak tinggal kat mana?”Atikah
menerangkan.Kadangkala Izz akan buat lawak.Paling lawak masa dia
ketawa.Berbunga hati aku…
Hari
ni aku dapat coklat dari siapa entah.Huh!Boleh makan ker ni?Aku membuka coklat
dan menikmati.Ahh…comelnya rasa…Bunyi telefon mengganggu aku.Nama Atthirah
tertera.
“Assalamualaikum
Anis.Jom temankan kita jalan-jalan.Atikah sibuk.Dia tak dapat join kita.”Atthirah
mengajak aku keluar.Dengan semangat aku katakan YA! Aku tunggu di luar
rumah.Atthirah ambil aku.Seorang lelaki terpacak di depan aku.Aku rasa macam
nak tercabut jantung aku.Eleh!Mamat batu ni rupanya.Hah??Mamat batu!Macam mana
dia ada kat sini.
“Kau
dah makan coklat yang aku bagi?Mesti sedapkan.”Mamat batu itu peramah dengan
aku.
“Kau
nak apa?”
“Nak
berbaik dengan kau.Boleh aku jadi kawan kau?Aku minta maaf sebab dah lukakan hati
kau.”Ayat jiwang dah keluar.
“Aku
pun malas nak panjangkan keadaan.Okay aku kawan dengan kau dan aku maafkan
kau.Lagi satu aku tak suka ayat jiwang kau tu.Coklat kau sedap.”Aku mengaku
salahku.Kemudian,Atthirah datang.Aku masuk kedalam kereta.Aku sempat lagi
berkata kepada dia.
“Harap
dapat berkenalan dengan kau lebih.Okay,sebab kau dah curi aku punya…ah!Bye”Aku
menutup pintu kereta.Ayat yang akhir tu kau fikirlah sendiri,Mamat batu.
“Eh,apa dia?”Mamat batu itu menggaru pipinya.”Yes!Aku dah
faham…thanks minah senget!”Mamat batu tu melambaikan tangannya.
Selepas
tukar tayar kereta,Izz mmengajak Atikah makan di sebuah restoran.Izz hanya
mendiamkan diri.Sepatah pun dia tak cakap.Atikah mula risau.
“Encik.Kita
nak buat apa kat sini.”
“Emm…
aaa… saya sebenarnya… aduh susah la nak cakap.”Izz nampak gugup sedikit.
“Kalau
awak tak nak cakap,biar saya yang cakap.Saya minat dengan awak sejak dari
sekolah lagi.Mungkin awak tak perasan saya.Saya tak sangka yang saya dapat
bekerja dengan awak.Saya…”Izz cepat-cepat memotong.
“Saya
suka dengan awak!”Akhirnya Izz luah pun segala yang terbuku di hatinya selama
ini.Atikah memandang tepat mata Izz.Dia menepuk pipinya berkali-kali.Ah,tak
mungkin.Mesti aku mengigau ni.
“Awak
percayalah cakap saya.Saya takkan dapat lupakan awak.”
“Baiklah.Saya…”Atikah
menundukkan wajahnya yang merah.Menahan malu,gembira,teruja dan bermacam-macam
lagi.
~~ TAMAT~~

Saya suka cerita ni! Buat novel je la, Anis. (^_^)
ReplyDeletesaya ada banyak lagi cerpen yg ditulis dalam kertas malas nak taip....saya takut nak buat novel...
Deleteanis nnti besar,buat novel...ko tulis waktu free...mesti ko jdi famous...wah nnti kwn aku dh terkenal...hihi
ReplyDeleteanis tulisan post org boleh xtukar wARnanya sbb susah nk baca..kihkih
thanks...doakanlah...tulisannya kita akan cuba tukar...thanks sbb baca!
Delete