Sukanya saya menulis...harap angan-angan jadi kenyataan...dan jangan berhenti berusaha!!!

selamat membaca!!Comelnya muka

Saturday, December 08, 2012

Cerpen lagi...dan lagi...okay!

Assalamualaikum . . . hari ni saya ada post cerpen lagi untuk tatapan kawan2 . . . terima kasih kerana sudi membaca cerpen2 saya yang tak seberapa . . . saya bertungkus lumus menyiapkan cerpen ini dan seterusnya sebelum saya pergi holiday with family at Cameron Highlands kali kedua. . . suasana yang cukup sejuk pijak lantai rasa macam dah baru keluar dari peti ais......sudah malas lagi mahu bercakap.Selamat membaca dan jangan lupa bagi komen supaya saya lagi bersemangat!!!!

Tajuk:)     
   Tak naK Aku DENgan Kau!
Ini Kim Bum<--Carl Haziq.
Aku menunggang basikal mengelilingi kawasan perumahan tempat tinggalku.Jalan yang turun naik amat menyeronokkan.Cuaca yang redup dan angin sepoi-sepoi bahasa menyebabkan aku mengayuh basikal dengan lambat kerana ingin menghirup udara yang segar seperti dikampung.Tiba-tiba seorang budak lelaki berumur 6tahun telah menghalang laluanku,aku berhenti secara mengejut.Kurang manis punya budak!Budak itu memandang mukaku dengan mata yang bulat.Terangkat kening aku.Macam aku buat salah je budak ini.
“Kakak,hantar Aiman pulang boleh tak?”jelas kepelatannya.Dia membuat muka simpati.Yang aku pelik,bagaimana dia dapat mengecam muka aku dari jauh.Oh,baru aku ingat.Mana ada orang lain dekat taman yang tunggang basikal pakai baju kurung hari-hari.
Aku menanya kembali”Tadi,Aiman datang dengan siapa?”
“Uncle.Tapi,tadi Aiman dengan uncle balik sekejap sebab uncle sakit perut.Lepas itu,Aiman datang sini sorang-sorang,”lalu dia menundukkan kepala.
Aku mencipta alasan.”Maaf,kakak tak boleh hantar Aiman pulang.Sebab nanti uncle Aiman datang balik cari Aiman macam mana?Apakata,Aiman duduk dekat kerusi ini atau pergi sambung main balik,”aku sedaya upaya memujuk Aiman untuk tidak menghantarnya pulang kerumah.Bukannya aku tak tahu rumahnya dimana,aku tahu ya!Ish..siapalah uncle dia yang sanggup biarkan budak secomel ini bersendirian.Tapi tak baik buruk sangka sebab aku tak pasti siapa yang bersalah.Aiman atau uncle dia.Aku memberi senyuman kearah Aiman dan dia membalasnya.Aku terus mengayuh basikal dengan laju.

_____________________________________________________
Carl Haziq mengibas-ngibas bajunya.Kelihatan dirinya seperti orang hilang anak.”Ah,Aiman mana kau sudah pergi !”dia menjerit sekuat-kuatnya.
Aku mengayuh basikal sambil menyanyi lagu I Won’t Give Up.Huh?Seorang lelaki tiba-tiba mendepakan kedua-dua belah tangannya tanda menyuruh berhenti.Aku menggosok mata berkali-kali.                          Oh,tidak!Aku cepat-cepat menekan brek.Hampir saja terlanggar lelaki tesebut.Aku mengelap peluh yang menitik dipipi. ‘Ee..dia ni memang menyibuk betul !’getus hati aku.Aku turun dari basikal lalu menanya kepadanya “Woi,kau ni mahu bunuh diri ke!”
“Kalau tidak,kenapa?Eh,sudah jangan hendak buang masa aku.Kau nampak  tak budak pakai baju warna hijau muda dekat taman depan sana?”sambil memuncungkan mulutnya.
Aku berfikir sejenak.”Oo..Aiman ke?”
“Yalah.Aiman.Dekat mana kau jumpa dia?”senyuman terukir dibibirnya.Huh!Tak cair pun hati aku.
“Dekat taman depan sanalah,”aku menjawab.Carl berlari.
“Wei,bagi pinjam basikal kau ini.Nanti esok aku pulangkan semula dekat sini.Pagi!”dia sudah mengayuh basikal terlebih dahulu sebelum aku mempersetuju.”Nanti kau,tunggulah apa yang aku nak buat!”aku mengayunkan langkah pulang ke rumah dengan perasaan yang marah.

Carl Haziq meletakkan basikal yang ‘dipinjam’ di belakang rumahnya.Kakaknya,Umaira datang mendekatinya lalu berkata”Mana kau ‘dapat’ basikal tu.”
“Pinjamlah kak,”jawab Carl acuh tak acuh.
“Mama!Haziq curi basikal,”jerit Humaira bagi menakutkan adiknya.Cepat-cepat Haziq menekup mulut kakaknya.
Dia membisik “Akak jangan main tuduh ya!”                                                                                                                              _____________________________________________________
Seperti yang dikatakan oleh Carl kepada aku.Aku terus pergi ke tempat semalam.Aku menunggu sambil mendengar lagu Ku Menunggu melalui earphone.Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.Tadi aku datang pukul 10,ni dah setengah jam.Ee !Dasar mamat senget betullah dia ni. Kemudian,aku terlihat kelibat Carl sedang menuntun basikal aku.Dengan muka tak bersalah dia memulangkan basikal aku. “Eh,terlupa.Thanks”.
Aku hanya mengangguk.Menyampah!
“Alia!”Seseorang memanggil namaku.Aku menoleh ke kanan.
“Eh,Kak Mai.Sekejap.Kak Mai kakak Carl ke?”soal aku.Aku rasa mungkin ya!
“Ya.Kakak Carl Haziq.Em..kamu punya basikal ke dia pinjam?”Kak Humaira mengerlingkan matanya ke arah Carl.Dia memalingkan muka.Aku hanya tersenyum.
“Kak,dah lah.Jom balik,”laung Carl dari dalam kereta.Kemudian Kak Humaira meminta izin pulang.Sebelum kereta bergerak,Carl sempat menjelir lidah kepada aku.Tak puas hati la tu!                                                                                                            _____________________________________________________
“Alia.Ada orang nak jumpa kaulah”.Carl menyampaikan pesanan itu kepada aku.Sebenarnya,aku malas nak dengar cakap dia tapi dia kata ada orang nak jumpa aku jadi dengarlah,mana tahu  penting ke.Aku kat library,dia pun menyibuk juga kat sini.
“Dia nak jumpa kau dekat Sweet Café.Lagi satu,aku kena ikut kau sekali katanya,”sambung Carl.
“Boleh percaya ke kau ni?Mesti kau nak kena kan aku”.Aku membulatkan mata ketika bertanya kepadanya.
“Huh?Kau tak percaya aku?Nah,baca ni”.Carl menghulurkan sekeping kertas berwarna hijau.Aku membaca.Ya benarlah apa yang dikatakan oleh Carl tadi.
“Sekarang ke?”soal aku.
Carl mengangguk kepalanya.
Aku dan Carl pergi bersama.Nasib baik café tu dekat.Kami berdua sudah sampai di Café tersebut.Kami saling berpandangan.Carl masuk ke dalam café tersebut.Aku mengikutinya.Dia memilih meja di hujung sekali.Pelayan café datang untuk mengambil pesanan.Apa yang Carl pilih,aku ikutje sebab tak tahu nak pilih,banyak sangat.Tiba-tiba,seorang mak cik duduk di sebelah aku.Aku terkejut sama juga dengan Carl.
“Assalamualaikum.Kamu Alia dan kamu Carl Haziq?”Tanya wanita tersebut.Kami hanya mengatakan “ya” sambil menjawab salam.
“Kamu tahu kenapa saya menyuruh kamu berdua datang ke sini?Mesti kamu dapat pesanankan?Saya…”
“Tapi mak cik saya hanya dapat pesanan suruh ke sini je.Tak tahu pula apa sebabnya”.Carl cepat-cepat menjawab.
“Orang tua tengah bercakap jangan menyampuk !”Sergah wanita itu kepada Carl.Aku ketawa kecil.
“Dengar dulu apa yang saya nak cakap.Atuk kamu berdua ni kawan rapat.Mereka pernah berjanji kalau dapat cucu yang sebaya dan berlainan jantina,mereka ingin kamu berdua berkahwin,”beritahu wanita tersebut,dia merupakan peguam atuk aku katanya.
“APA?!”aku dan Carl terjerit.Semua pelanggan yang berada di dalam café tersebut memandang ke arah kami berdua.Kami menunduk malu.
“Saya tak nak kahwin dengan dia!”Kami berdua mengeluarkan perkataan yang sama dalam masa yang sama juga kami menudingkan jari.
“Itu saya tak tahu.Kamu berdua perlu berbincang dengan keluarga masing-masing dahulu.Kalau boleh,keluarga kalian perlu berkumpul.Saya harap kamu faham dan ingat apa yang saya katakan tadi.Kalau tak ada soalan,saya minta diri dulu.”Aku dan Carl mengangguk faham.Wanita tersebut sudah berlalu pergi.
“Sekejap.Kau rasa,tadi dia baca wasiat ke?”Aku mengingatkan Carl.Dia pun buat muka berfikir lalu dia meneruskan ‘kerjanya’ iaitu sambung makan.Eeii… macam tak ada apa-apa yang terjadi je dia ni.Dasar senget!                                                                                            _____________________________________________________   Aku menceritakan kembali apa yang terjadi dicafe semalam kepada keluargaku.Mak dan ayah bersetuju untuk berbincang dengan keluarga Carl.                                                                                                                                                       _____________________________________________________
Keluarga Carl Haziq juga bersetuju untuk membincangkan tentang perkara tersebut di rumah aku.Kami berkumpul di ruang tamu.Muka masing-masing begitu serius.
“Sebenarnya…mak dengan Mak Cik Embun sudah tahu perkara ni.”Mak menuturkan setiap perkataan dengan cermat.
Sambung Mak Cik Embun “Selepas kamu berdua berusia setahun,atuk Haziq dengan atuk Alia memberitahu kepada kami,tentang hal tersebut.Mama pun terkejut juga mula-mula tapi itu permintaan mereka berdua mana boleh tolak.Sebabnya atuk tak nak persahabatan mereka terlerai.”
Aku mengeluh kecil.
“Tapi,Haziq tak nak kahwin dalam masa terdekat ni.Bagi kami masa dulu.Mama,papa,mak cik dan pak cik pun tahukan macam mana hubungan kita orang.Jumpa je mesti bergaduh”.Dalam ayat Carl sebenarnya ingin menentang.
“Betul tu cakap Carl.Tapi saya dah ada yang punya.Maksudnya teman lelaki”.Pertama kali aku setuju apa yang di katakan oleh Carl tapi lepas ayat yang setuju tu aa…berdosanya menipu!
“Kenapa kamu baru sekarang nak bagitahu.Ada je muslihat dia nak lari”.Teka Mak.Aduh,rasa nak terjun pakai payung terjun je dari bukit.Aku hanya tersengih macam kerang busuk.
“Okayla.Orang setuju tapi bukan sekarang orang setuju nak kahwin”.Nak buat macam mana akurlah.                                                                                                                             _____________________________________________________
Aku dan Carl masih seperti keadaan biasa.Tiada apa-apa.Cuma pasal bergaduh tu tak boleh larilah.
“Kau nak aku cekik kau ke Carl !”Jerit aku.Carl lari dari aku. ‘Nak mati ke kalau dia buat betul-betul,’bisik Carl.
Sambil dia berlari sempat lagi dia berbicara,
“Kalau aku mati.Siapa nak kahwin dengan kau?”Ops terkeluarlah ayat ni pulak.
“Suka hati akulah.Kau sibuk tu kenapa.Aku tak suka kau dank au pun tak suka aku!”kata aku.Dah tak larat nak kejar dia.Nasib baik,hari ni aku pakai baju blous dengan seluar jeans.Kalau pakai baju kurung memang tak la…
“Wei,kau salahlah.Aku suka kau sebenarnya.Hahaha…”gelak Carl.
Aku berhenti dari berjalan.Biar betul apa yang aku dengar.Aahh!!Jangan percaya dengan Si Senget ni!
“Kau tipu.Ingat aku nak percaya kea pa yang kau cakap!”
“Tahu tak apa.Aku tipu kau.”Carl masih ketawa.
“Dahlah,aku nak balik.Sakit kaki aku.Kau bukan nak belikan kasut aku pun kalau tapak ni haus.”Aku beredar meninggalkannya.Tak kuasa aku nak kejar dia lagi sambil itu aku betulkan tudung.
Carl hanya membatu. ‘Yes!Aku aku ada idea!”bisik Carl dalam hati.



Sebuah kotak berada di hadapan pintu rumahku.Aku mengambil selipar lalu menyarungkan di kakiku seraya aku mengambilkotak tersebut.Berat juga isinya.’Just For You’.Aku baca isi dalam kad itu.Ada nama aku dan ada sekeping sampul surat kecil lalu membaca.
‘Jumpa dekat taman permainan masa kau jumpa Aiman.Ya,aku Carl Haziq.Bawa kotak ni sekali.Mesti kau naik basikalkan?Lupa pula,kau mana tahu tunggang motosikal hahaha…’Geram aku baca surat dia ni.Sempat lagi nak kutuk aku.


Aku lihat dia di sana.Bukan lirik lagu tau! Petang-petang macam ni ramai budak-budak datang bermain.Aku menjengkitkan kaki bagi mengejutkannya.Tapi…
“Waa!!”Aku pula yang terkejut.Mana tak nya,dia pakai topeng hantu.Huh!Senget punya mamat.
“Amacam?Sweet tak aku?Soal Carl.Dia terus menggelakkan aku.
“Sweet kucing kau!Kalau aku mati terkejut macam mana?”
“Ada aku kesah.”jawabnya sinis.
Aku malas nak lawan apa yang dia cakap.
“So.Apa dalam kotak ni?”Tanya aku.
Carl mengangkat keningnya sebelah “Kenapa?Kau tak buka kotak ni lagi ke?”
Aku menggelengkan kepala “Kau tak tulis pun suruh buka.”
Ternganga mulut Carl “Kau ni minah senget ke?Itu pun nak aku tulis ke.Lawak betul.”Dia menunjal kepala aku.Suka hati perut dia je tunjal anak orang.Sekejap,dia cakap aku senget? “Bukan aku yang senget.Ku tu yang senget!”
Carl buat-buat tak dengar.”So.Bukalah kotak tu atau kau takut aku letak katak?”
“Mana ada.Okay aku buka,” Wah!Tak sangka aku dia bagi aku roller skate tapi kenapa?
“Carl,kenapa roller skate ya?”Aku membuat muka ingin tahu.
“Sebab kalau kau pakai kasut ni,bila aku tarik kau,kau akan dekat dengan aku.”Simpel je jawapan dia tapi cukup bermakna.
“Tapi kalau kau tolak aku.”
“Ada aku cakap aku akan tolak kau?Tak adakan?”
Aku menggeleng dan aku masih ingin mendengar semua perkataan yang keluar dari mulut dia.Ya.Ini kali pertama aku berasa tenang dengan dia.Apa maksud semua ni?
“Aku akan tarik kau ke mana aku pergi.Aku akan belajar meminati kau,suka,saying dan cinta kau kalau kau terima akulah.Sudi ke kau bernikah dengan aku.Aku kan handsome dan comel.Oo…di mata kau tak ya?So,macam mana?”Carl menunggu ayat yang akan keluar dari mulut aku.Dari tadi aku berdiri di depannya.Carl duduk di bangku.
“Tak.Aku tak suka kau tapi aku terima lamaran rollerskate kau ni dan kau blur.”Aku masih berbicara seperti biasa.Dalam hati sebenarnya malu gila!Hahaha…
“Ya.Siapalah aku.Bye.”Carl bangun dan meninggalkan aku keseorangan.Selalunya aku yang tinggalkan dia,ni lain pula.Aku cakap dalam hati dia senget,dia terus cakap aku yang senget.Uu…macam kena virus je.Aku berlari mendapatkannya.
“Kau merajuk ke?Sorry…”
“Mana ada,”sambung Carl lagi “Aku gembiralah bila kau setuju walaupun jawapan merepek.Pandai tak aku berlakon.”Carl tersenyum girang.Ingat comel ke!
Aku buat muka pelik.
“Kau ni,buatlah muka comel ker manis ker kat aku ni.”Carl masih tersenyum.
“Mana boleh.Tak sah lagi.”Aku menahan malu.
“Hahaha…okay!Tapi kita kena belajar macam yang aku cakap tadi.Niat kerana Allah baru menjadi dan ikhlas.”Carl terus ketawa dan baru aku tahu dia ada ketawa dan senyuman yang comel.Baguslah baru perasan.Aku suka panggil namanya Carl dari Haziq seperti orang lain sebab aku…ahh!Tak tahulah nak cakap apa.Mungkin aku dah mula suka kau kot.Terima kasih Ya Allah.
                                             ~~~TAmAT~~~


Like To Imagine!






No comments:

Post a Comment